Mulia hatinya demi selamatkan kucing, kanak-kanak perempuan hilang sebelah kaki digilis lori

MULIA sungguh hati seorang kanak-kanak ini. Dia bertindak menyelamatkan seekor kucing daripada dilanggar lori.

Namun malangnya dia kehilangan sebelah kakinya akibat digilis ketika mahu menyelamatkan seekor kucing di jalanan.

Kejadian berlaku apabila kanak-kanak berusia 13 tahun itu bernama Nabila Febrianti, cuba menyelamatkan kucing miliknya yang sedang bermain atas jalan raya berdekatan rumahnya di Sumatera Utara, baru-baru ini.

Ketika dia melintas jalan dan hendak menyelamatkan kucingnya itu, pada masa yang sama ada sebuah lori sedang melintasi kawasan berkenaan.

Tidak sempat mengelak, kaki kanak-kanak itu digilis lori berkenaan menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.

Baca juga Disumbat di dalam bagasi sebelum dibawa lari, motif penculikan budak kecil jadi persoalan

 

Kanak-kanak itu segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, namun terpaksa dirujuk ke pakar susulan daripada kecederaan parah dialaminya.

Menurut ibu Nabila, kecederaan itu terjadi pada bahagian kaki kanan Nabila, manakala kaki kiri hanya luka kecil.

Disebabkan kecederaan parah dan serius pada kaki kanannya, ia terpaksa dipotong oleh pihak hospital.

Iklan

“Akibat digilis lori, kakinya mengalami kecederaan serius dan perlu dipotong,” ujarnya.

Baca juga ‘Hadiah hari jadi terbaik.’ Berbakat, kaya & terkenal, perkongsian Marian Rivera sempena hari lahir ke-39 tahun raih perhatian!

Pengorbanan kanak-kanak berkenaan mendapat liputan meluas media tempatan di Indonesia, sehinggakan ketua polis turut melawatnya di hospital bagi memberikan semangat.

Malah, kisah Nabila ini turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto yang turut menghulurkan bantuan rawatan kepada anak kecil itu kerana keberaniannya.

Iklan

Sumber: Tribun News Medan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!