LEBIH 32,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, tidak kecuali golongan atlet yang turut terkorban.

Baru-baru ini, jaguh karate Palestin, Nagham Abu Samrah parah akibat serangan peluru berpandu di Gaza pada Disembar lalu.

Serangan itu juga mengorbankan kakaknya manakala mangsa kehilangan sebelah kaki dan koma.

Gadis berusia 24 tahun itu bagaimanapun meninggal dunia di Hospital Al Aqsa Syuhada di Deir al Balah pada Januari lepas.

Bapanya, Abu Samra memberitahu,
Nagham koma sejak serangan pada 18 Disember yang turut membunuh seorang lagi anak perempuan, Rosanne, dan dia mengalami komplikasi beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Anak saya telah dipindahkan dari unit rawatan rapi Hospital Al Aqsa Martyr di Deir Al Balah, tengah Gaza , ke sempadan selatan dan kemudian menyeberang ke Mesir.

“Dengan semua hospital Gaza musnah dan rosak, dan mendapatkan rawatan perubatan di Mesir dilihat sebagai satu-satunya peluang untuk dia teruskan hidup,” katanya.

Nagham sepatutnya dipindahkan ke Mesir untuk rawatan pakar, tetapi tidak mendapat kebenaran untuk melintasi sempadan.

Kematiannya berlaku ketika perang Israel-Hamas menandakan hari ke-100.

Iklan

“(Hidup) Saya hancur. Nagham adalah hidup dan semangat saya.”

“Saya mempunyai harapan yang tipis untuk melihat dia hidup berikutan kehilangan kakaknya, dalam serangan peluru berpandu yang sama, dan isteri yang meninggal dunia akibat kanser seminggu sebelum perang bermula di Gaza,” katanya yang sentiasa kekal di sisi anak perempuannya selama Nagham tidak sedarkan diri.

Sementara itu, pada 12 Mac lalu, seorang lagi legenda bola sepak Palestin maut akibat kekejaman tentera Israel.

Iklan

Bekas penyerang berbisa negara itu, Mohammed Barakat yang digelar ‘Legenda Khan Younis’, kini mewakili kelab Palestin, Al Ahly Gaza terbunuh apabila rejim Zionis mengebom rumah keluarganya di Khan Yunis.

Menurut laporan Al Jazeera, kejadian itu berlaku pada awal pagi Isnin iaitu hari pertama ketika umat Islam menyambut bulan suci Ramadan.

Sumber : National News