DEMI kelihatan menawan, seorang wanita dari Britain hampir buta sebelah mata kirinya selepas melakukan prosedur sulaman kening.

Danielle Hubbard membayar 12 Euro (RM61) untuk rawatan tersebut sempena percutiannya ke Malta.

Beliau sebelum itu tidak ditawarkan untuk menjalani ujian alahan terlebih dahulu.

Keesokan pagi, mata kirinya mula membengkak dan mukanya merah sehingga meradang.

“Saya tidak dapat melihat ketika itu kerana bengkak.

“Saya dibawa ke hospital dan diberikan steroid dan mengambil masa selama dua minggu untuk pulih.

“Apabila mengadu kepada salon, mereka tidak menunjukkan penyesalan. Malah pihak mereka juga cuba membuat saya menandatangani penepian pendakwaan terhadap kecuaian itu,” katanya.

Danielle juga mahu mengambil tindakan undang-undang tetapi mendapati salon itu tidak mempunyai insuran, jadi dia tidak boleh menuntut ganti rugi.

Iklan

“Agak kecewa dan merasakan mereka tidak sepatutnya mencederakannya seperti ini,” ujarnya.

Walaupun Danielle tidak mempunyai parut kekal namun mukanya mengambil masa dua minggu untuk sembuh dalam masa sama keseronokan untuk bercuti terjejas.

Untuk pengetahuan semua, teknik sulam kening antara pilihan kaum Hawa untuk mendapatkan alis yang cantik dan rapi sebagai pelengkap kecantikan supaya tampak menarik.

Iklan

Walaupun kaedah rawatan tersebut membantu untuk tampil menarik, namun ia tidak dibenarkan dalam ajaran Islam.

Sumber : The Mirror