Nama 'Happy' tidak bawa tuah, lelaki ini kongsi kisah pernah dibuli, gagal bercinta & sukar dapat kerja
SIAPA sangka, nama yang sepatutnya membawa makna kebahagiaan telah memberikan penderitaan buat pemilik nama 'Happy' ini.
Akui pemilik nama Terauchi Happy, beliau mengalami pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, termasuk dibuli semasa kecil, sukar mendapat pekerjaan, dan hubungan romantiknya berakhir akibat nama tersebut.
Memetik laporan Oddity Central, lelaki Jepun itu berkata, ibunya menamakan beliau sedemikian kerana kegembiraan luar biasa yang dirasai ketika kelahirannya. Walaupun sedar akan kesulitan yang dihadapinya, beliau tidak pernah menyalahkan ibunya dan enggan menukar nama secara rasmi.
“Sejak kecil, saya sering diejek rakan sebaya. Mereka akan berkata, ‘kamu Happy, tetapi kamu tidak kelihatan gembira’ atau ‘walaupun dibuli, kamu masih Happy, bukan?',” katanya.

Penderitaan Happy tidak berakhir ketika kecil, pengalaman pahit itu berterusan sehingga dewasa.
Ketika memohon pekerjaan, kebanyakan syarikat menyangka beliau bergurau.
Namun, nama uniknya pernah memberi kelebihan apabila sebuah syarikat jualan menganggapnya sebagai petanda baik. – Agensi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
