Nama Muhammad, Olivia paling popular tahun 2023 jadi pilihan ibu bapa seluruh dunia

SEBAGAI ibu bapa, pemilihan nama bayi adalah saat paling penting.

Sejak dalam kandungan lagi, mak ayah sudah memikirkan nama apa yang sesuai diberikan kepada anak mereka.

Ada bagi nama yang terlalu panjang kerana mengambil sempena nama keluarga sebelah ibu dan ayah.

Namun, ada yang lebih suka yang simple sahaja, asalkan memberi makna yang baik.

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Seperti biasa, pada setiap tahun ada sahaja nama-nama yang menjadi trend. Bagaimana pula kali ini?

Laman kehamilan dan keibubapaan terkemuka, BabyCentre melaporkan, Muhammad masih kekal menjadi nama paling popular dalam kalangan bayi lelaki pada tahun 2023.

The Mirror yang memetik data daripada BabyCentre itu menambah, Olivia pula berada pada kedudukan pertama bagi nama paling banyak diberikan kepada bayi perempuan.

SUMBER Rene Asmussen daripada PEXELS.

Jurucakap BabyCentre, Faye Mingo berkata, mereka mengambil kira semua ejaan nama bayi untuk dimasukkan ke dalam carta.

 

“Ibu bapa menghabiskan banyak masa memikirkan bukan sahaja tentang nama bayi mereka malah bagaimana ia dieja.

“Ia mungkin nampak kecil namun perbezaan tersebut penting kepada ibu bapa,” katanya.

SUMBER Laura Garcia daripada PEXELS.

Berikut SinarPlus kongsikan 10 nama bayi popular pilihan ibu ayah berdasarkan informasi daripada BabyCentre.

Nama bayi lelaki:

1. Muhammad

2. Noah

3. Theo

4. Leo

5. Oliver

6. Arthur

7. George

8. Luca

9. Freddie

10. Jack

Baca juga: Jelajah dunia magis Harry Potter di Wizarding World Suite. Ramai kongsi keterujaan

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Nama bayi perempuan:

1. Olivia

Iklan

2. Amelia

3. Isla

4. Lily

5. Ava

6. Freya

7. Ivy

8. Sophia

9. Grace

Iklan

10. Willow

SUMBER Sarah Chai daripada PEXELS.

Baca juga: Paling ramai billionaire dengan jumlah aset luar biasa, ini senarai 10 bandar terkaya di dunia yang buat ramai kagum

Kebanyakan nama-nama yang disenaraikan adalah untuk bayi bukan Islam.

Untuk kita sebagai Muslim dan Muslimat, seharusnya kita mencari nama yang mempunyai erti yang indah dan baik.

Tak kisahlah nama tu tak popular, asalkan ia membawa kemaslahatan kepada empunya diri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang