MUNGKIN ini satu berita paling mengujakan buat peminat fanatik filem fantasi yang diadaptasikan daripada siri novel terkemuka dunia, Harry Potter.

Bayangkan kalian dapat bermalam di Sekolah Sihir Hogwarts. Paling tidak pun, tidur di dalam asrama Gryffindor atau berada di laluan kereta api di Platform 9 3/4.

Ya, semua pengalaman magis itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu terbang ke Scotland yang menjadi lokasi pengambaran untuk naskhah box office tersebut.

Penginapan jenis Airbnb, Wizarding World Suite yang terletak di Petaling Jaya, Selangor boleh membawa anda leka di dalam dunia khayalan walaupun hanya semalam.

harry potter

Rata-rata pengunjung yang pernah bermalam di sana berkongsikan pengalaman yang tak akan dilupakan kerana memaparkan dekorasi real seperti dalam filem.

Menurut Fan Foon yang berasal dari Singapura, beliau dan famili teruja dengan kediaman tersebut seolah-olah menjadi portal ke alam magis kerana reka bentuk dalaman memang superb.

 

“Sebenarnya saya menempah rumah tersebut untuk rakan dari Australia yang juga peminat hardcore Harry Potter (Potterheads) yang kebetulan bercuti di Kuala Lumpur.

“Paling best, rumah bersih dan meninggalkan pengalaman sangat berharga buat Potterheads. Tuan rumah, Nil juga sangat peramah dan prihatin,” tulisnya.

Seorang lagi pengunjung dikenali dengan nama Leyana turut berkongsi momen indah ketika bermalam di Wizarding World Suite bersama anak-anak.

harry potter

“Ini pengalaman yang mengejutkan buat anak-anak kerana mereka tidak tahu lokasi percutian kami sehinggalah tiba di pintu masuk. Mereka sangat teruja dan gembira.

“Tempat sangat bersih dengan katil yang selesa, bantal, selimut. Koleksi novel Harry Potter yang bagus untuk dibaca dan banyak aktiviti menarik kami lakukan,” kongsinya.

harry potter

Bagi Sin Wei yang datang dari Australia, beliau menyifatkan bermalam di rumah Airbnb bertemakan filem Harry Potter adalah pengalaman terbaiknya.

harry potter

“Paling seronok, semua ruang yang dipaparkan sama seperti foto, malah nampak lebih nyata seolah-olah kita berada dalam filem tersebut. Kami seronok dapat menyewa pakaian.

Baca juga Harry Potter dengan penyapu terbang, Nimbus 3000 viral di TikTok! Ramai teruja nak try zipline rentas hutan Selangor

“Semua kemudahan memang lengkap. Mahu memasak pun ada peralatan disediakan. Kalau anda suka siri Harry Potter, mesti anda akan excited bila berada di sini,” tulisnya.

Apa yang menarik lagi tentang Wizarding World Suite? Hos yang dikenali dengan nama Nil menawarkan percutian seperti ahli sihi sebenar dengan keajaiban tersendiri.

harry potter

Iklan

harry potter

Bukan satu tetapi terdapat tujuh lokasi popular di dalam rumah tersebut, antaranya The Great Hall of Hogwarts, Dursley’s Living Room, Ollivander Wand Shop dan Honeydukes Themed Bedroom.

Selain itu, sudut Mandrakes’ Mini Greenhouse dan Potions Corner pun disediakan dengan pilihan kostum seperti jubah dan mafla kuning berbelang merah.

harry potter

harry potter

Kediaman yang lengkap dengan ciri rumah pintar itu turut menyediakan kemudahan seperti mesin kopi, tuala, dapur memasak, pengering rambut dan water dispenser.

Baca juga [20 FOTO] Rumah Dian Sastrowardoyo tular, ruang kerja seperti pejabat Dumbledore, ada buku di tandas

Iklan

Jadi, apa lagi kalian tunggu lagi? Caj bermalam bermula RM402 sahaja dan lokasi dikatakan strategik berhampiran pasaraya, restoran dan stesen LRT.

harry potter

harry potter

Wizarding World Suite
Alamat: Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Daftar masuk jam 3 petang
Harga: Bermula RM402 semalam
Instagram: @wizardingworldsuite
TikTok: @wizardingworldsuite

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang