SEORANG nelayan miskin yang menjadi ‘jutawan segera’ selepas menemui mutiara jingga Melo bernilai 250,000 pound (RM1.4 juta) telah ditahan polis di kediamannya di wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand baru-baru ini.

Penahanan terhadap Hatchai Niyomdecha, 37, dilakukan kerana dipercayai menganjurkan parti dadah selepas ditawarkan wang lumayan susulan penemuan mutiara yang jarang ditemui.

Menurut laporan DailyMail, pemuda terbabit dikatakan menjemput rakan-rakannya ke rumah sempena meraikan ‘kemewahan’ yang dikecapi dalam sekelip mata.

nelayan mutiara
POLIS menahan Hatchai yang didakwa menganjurkan parti dadah, sekali gus merampas 16,000 pil methamphetamine di rumanya baru-baru ini.

Selepas menerima aduan daripada jiran sekeliling yang tidak tahan dengan bunyi bising dan bau didakwa dadah pasukan polis Thailand segera melakukan serbuan.

Hasil serbuan dijalankan polis menemui sebuah kotak berisi kira-kira 16,000 pil methamphetamine dan dua kotak mengandungi bahan yang tidak diketahui.

Artikel berkaitanHidup Nelayan Miskin Berubah Sekelip Mata Selepas Terjumpa Mutiara Jutaan Ringgit Di Laut

Bagaimanapun, nelayan terbabit menafikan kesemua kotak berkenaan miliknya. Namun begitu, pihak polis berjaya menemui cap jari Hatchai pada bungkusan terbabit selepas ujian forensik dijalankan terhadap kotak itu.

Iklan
nelayan mutiara
HATCHAI (kanan) dan bapanya Bangmad Niyomdecha sedang membersihkan tiga cengkerang sebelum menemui mutiara rare di dalamnya.

Sementara itu, Kolonel Polis Chokdee Srimuang memberitahu, siasatan masih dijalankan terhadap Hatchai mengenai rampasan pil jenis methamphetamine tersebut.

Terdahulu, kisah Hatchai menggemparkan dunia apabila tanpa sengaja menemui mutiara jarang dijumpai dianggarkan bernilai jutaan ringgit pada 27 Januari lalu.

Iklan

nelayan mutiaraBerita mengenai penemuan mutiara berharga itu tersebar luas dan banyak pihak mengatakan mutiara rare yang terbentuk daripada siput gergasi dinamakan Melo Melo sangat mahal.

Sumber: DailyMail.com.uk dan thaiexaminer.com