BERPANTANG maut sebelum ajal.

Itu pepatah yang sesuai menggambarkan situasi seorang wanita bersama dua anaknya selepas terjatuh di ruang antara platform dan landasan kereta api.

Kejadian yang hampir meragut nyawa tiga beranak itu dilaporkan berlaku di stesen kereta api Barh, India.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku disebabkan penumpang berlanggar antara satu sama lain.

Ia susulan platform berkenaan sesak dengan orang ramai yang berebut-rebut untuk menaiki pengangkutan awam tersebut.

Anggota bertugas ketika itu tidak menyedari situasi mencemaskan itu.

Menerusi potongan video berdurasi 44 saat itu menunjukkan wanita terbabit terjatuh di bawah platform dan dilihat memeluk bayi dan seorang lagi anaknya yang masih kecil dalam keadaan menunduk.

Kepala beliau berkenaan dikatakan hanya berada satu inci daripada tayar kereta api yang bergerak laju.

Apa yang membuatkan ramai terharu apabila melihat ibu berkenaan berusaha melindungi anak-anak dengan menggunakan badannya.

Pada masa sama, gerabak demi gerabak meluncur laju di atas kepalanya.

Dalam tempoh 10 saat, mereka terpaksa melalui detik yang cukup mengerikan itu.

Iklan

Orang ramai dilihat berpusu-pusu ke landasan bagi membantu keluarga terbabit.

Paling mengejutkan, ibu dan dua anaknya itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Walau bagaimanapun, mereka tetap dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber : Central European News

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang