SEPASANG suami isteri di Perancis dilaporkan terkena penipuan membeli-belah dalam talian.

Ini kerana barang yang mereka pesan sangat berbeza dengan barang yang dihantar.

Menurut Tribunnews memetik Daily Mail, pasangan ini memesan seekor kucing Savannah dengan harga 6000 euro,  atau sekitar RM 29,379.

Namun bukan jenis kucing yang diidamkan itu sampai malah ia adalah seekor anak harimau Sumatera!

Pasangan suami isteri yang tinggal di kota pelabuhan Le Havre, Normandy itu terasa tertipu kerana mereka membayar puluhan ribu untuk seekor anak kucing Savannah kerana tertarik dengan iklan online.

Artikel berkaitan: Wow! Gadis 16 tahun sandang jawatan PM Finland, gubal undang-undang negara dalam masa sehari

Pada awalnya, mereka tidak perasan jenis haiwan yang diterima, namun setelah beberapa hari, mereka menyedari perbezaannya dan segera terus menghubungi polis.

Iklan

Kucing Savannah merupakan kacukan antara Wild Serval (kucing liar di Afrika) dengan kucing peliharaan.

Kucing Savannah didaftarkan sebagai haiwan yang boleh dipelihara secara tertutup.

Menurut media France Bleu, pihak berkuasa Perancis menangkap sembilan suspek terlibat menyeludup anak harimau berkenaan.

Iklan

Harimau Sumatera merupakan haiwan terlindung dan hari ini hanya terdapat sekitar 400 ekor spesies ini di hutan menurut World Wildlife Fund (WWF).

Menurut WWF, mereka yang menangkap spesies harimau ini akan mendapat hukuman penjara atau denda.