LUAR biasa! Perdana Menteri Finland, Sanna Marin menyerahkan kerusi kepemimpinannya kepada seorang gadis remaja berusia 16 tahun selama sehari.

Ya benar! Perkara demikian berlaku disebabkan oleh inisiatif yang dikenali sebagai ‘Girls Takeover’ yang mana ia adalah sebahagian daripada program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena Hari Kanak-Kanak yang disambut pada 11 Oktober setiap tahun.

Menerusi inisiatif tersebut, kanak-kanak perempuan seluruh dunia mengambil bahagian dalam inisiatif yang membolehkan mereka berperanan sebagai seorang pemimpin dari pelbagai sektor.

Kerajaan Finland juga telah turut serta dalam menyebarkan mesej kesaksamaan gender tersebut dan gadis bertuah yang bakal memegang jawatan tertinggi itu dikenali sebagai Aava Murto.

Oleh itu, Aava Murto bakal berjumpa dan mengadakan mesyuarat bersama menteri dan ahli-ahli parlimen negara Finland.

Wow! Gadis 16 tahun sandang jawatan PM Finland, gubal undang-undang negara dalam masa sehari

Iklan

Apa yang lebih menarik, walau hanya memegang jawatan Perdana menterri selama sehari,  Aava telah berbincang bersama kabinet Menteri Finland dan penggubal undang-undang mengenai banyak hal.

Ini termasuklah perihal ramai remaja perempuan di negara membangun tidak diutamakan dalam perkembangan skil digital dan perkara tersebut boleh membantutkan mereka untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan selamat.

Iklan

Wow! Ini yang dinamakan kecil-kecil cili api. Itu baru sehari pegang jawatan Perda Menteri. Kalau dapat sepenggal rasanya banyak lagi undang-undang yang bakal digubal.

Andai kata kalau korang diberi peluang untuk duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia selama sehari agaknya apa undang-undang pertama yang korang akan gubalkan dan utarakan kepada Jemaah menteri Malaysia?