KES rogol atau liwat bukanlah perkara asing kini, walaupun penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan.

Namun, masyarakat perlu mempunyai pengetahuan untuk bertindak sekiranya kes-kes ini berlaku kepada kita atau orang terdekat.

Lebih-lebih lagi, kaum wanita perlulah ada sedikit ilmu jika berdepan dengan situasi yang tidak diduga ini.

Sekurang-kurangnya kaum wanita berpeluang untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol.

Seperti di Rio De Janeiro baru-baru ini, seorang wanita membuat laporan polis di Brazil apabila menggigit alat sulit seorang lelaki hingga putus dalam percubaan mempertahankan diri daripada dirogol.

Portal Kompas melaporkan tindakan itu dilakukan untuk mempertahankan diri selepas perogol dikenali sebagai Pedro yang juga jirannya cuba menyerangnya.

Artikel berkaitan: Taj Mahal dibuka semula walaupun kes Covid-19 lebih 4.2 juta

Kejadian berlaku di Miguel Alves, utara Brazil apabila Bruna sedang bersama lelaki lain ketika Pedro berusaha memperkosanya.

Dalam video yang tular, Bruna mendakwa Pedro menolaknya ke katil dengan sekuat hati sebelum cuba merogolnya.

Bruna mengaku menggigit anu Pedro dua kali sehingga alat sulit lelaki itu putus.

Laporan media tempatan mengatakan lelaki itu sebenarnya bekas kekasih Bruna dan cuba menyerang wanita itu kerana cemburu apabila cintanya ditolak.

Katanya, Pedro menarik rambutnya dan dalam usaha melepaskan diri, dia menggigit alat sulit Pedro sehingga putus.

Kata Bruna, memandangkan wanita tiada kekuatan seperti lelaki, jadi dia terus sasar ke titik lemah lelaki.

Tak ramai yang tahu bagaimana untuk melindungi diri mereka lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi sebegini.

Jadi, wanita kena siap sedia dengan apa yang perlu dibuat jika berhadapan situasi dirogol, seperti:

Bersikap agresif

Sekiranya seseorang sedang datang ke arah anda, halakan tangan anda di hadapan dan tengking “Berhenti! atau Pergi” .

Kebanyakan perogol-perogol tersebut menyatakan mereka akan terus tinggalkan perempuan yang menengking atau menunjukkan yang mereka tidak takut untuk melawan.

Sekali lagi diingatkan, mereka mencari target yang mudah

Mengeluarkan ancaman

Jika anda membawa bersama Penyembur Lada Hitam (Pengajar tersebut sangat mencadangkan penggunaan Pepper Spray dan sentiasa dia sentiasa membawanya bersama ke mana sahaja dia berada).

Jerit saya ada “Pemedih Mata!” dan pegang ke arah mereka akan berfikir dua kali untuk terus menyerang.

Melawan kembali

Jika seseorang merangkul anda dan anda tidak mampu untuk menyerang mereka, anda masih mampu melawan.

Jika anda dirangkul dari belakang pada bahagian pinggang, cubit penyerang sama ada pada bahagian bawah lengan antara siku dan ketiak atau pada cubit bahagian peha atas – KUAT-KUAT (benamkan kuku anda!).

Seorang perempuan dalam kelas ini pernah mencubit bahagian bawah seorang lelaki yang cuba merogolnya sewaktu berdating (date rape) dia terlalu marah sehinggakan perempuan tersebut telah mengoyakkan kulit dan otot lengan lelaki itu sehingga perlu dijahit.

Iklan

Cuba picit diri sendiri di tempat tersebut sekuat yang mungkin, mesti anda tak tertahan kesakitannya.

Serang bahagian sulit

Selepas pukulan pertama, serang bahagian antara kelangkang mereka.

Saya tahu daripada beberapa episod malang, jika anda serang tempat tersebut ianya tersangat menyakitkan, senak.

Anda mungkin fikir lelaki tersebut akan marah dan dia akan lebih mencederakan anda.

Tetapi perogol-perogol tersebut memberitahu mereka hanya mahukan perempuan yang tidak akan mengakibatkannya pelbagai masalah.

Maka, mulakan sesuatu masalah, dan dia akan pergi dari situ.

Iklan

Bengkokkan sendi jari

Apabila lelaki meletakkan tangannya ke atas anda, capai dua jarinya dan bengkokkan ke belakang sejauh yang mungkin dengan sekuat-kuat tekanan dan tolak ke arah mereka secepat mungkin.

Pengajar tersebut telah cuba pada saya tanpa menggunakan apa-apa tekanan sehinggakan saya akhirnya melutut dan jejari saya ‘meletup’ kuat.

Ikut gerak hati

Semestinya, perkara yang selalu kita dengar kita akan gunakan. Selalu perhatikan keliling anda, kalau boleh bawa seseorang bersama dan jika anda merasakan sesuatu yang ganjil jangan buat-buat tak tahu, ikutlah gerak hati.

Wanita, pandai-pandailah menjaga diri, sentiasa peka dengan keadaan walau di mana berada.

Banyakkan ilmu pertahankan diri di dada untuk diguna ketika datang keadaan yang tidak diduga.

Kredit tip: Nurul Husna Mohamad Tawfiq