TAK tahulah siapa yang bersalah dalam hal ini.

Namun insiden yang berlaku di pameran Muzium Seni Leeum di Korea Selatan memang agak lucu.

Mana tidaknya, salah satu pameran yang bertajuk Comedian bernilai RM532,380 ‘dirosakkan’ oleh pengunjung.

Pameran tersebut antara lain memaparkan pisang segar yang ditampal di dinding dengan duct tape jer.

Menurut laporan India Times, karya seni tersebut diibaratkan sama nilai dengan sebuah rumah di Malaysia.

pameran pisang

Ia adalah hasil sentuhan seorang artis visual dari Itali, Maurizio Cattelan.

Nak dijadikan cerita, seorang pelajar dari Universiti Kebangsaan Seoul mengunjungi muzium itu bersama rakannya.

Noh Huyn-soo dikatakan melihat semua karya yang dipamerkan termasuklah naskhah yang dipersembahkan Cattelan.

pameran pisang

Dalam video pendek yang dikongsikan, lelaki itu menunjukkan arah ke pisang sebelum mengambilnya dan makan serta-merta.

Apa yang membuatkan orang ramai tepuk dahi, Huyn-soo menampal semula kulit pisang berkenaan pada dinding.

pameran pisang

Tak tahulah nak gelak atau marah, namun pihak pengurusan muzium dilaporkan tidak mengenakan apa-apa tindakan.

Baca juga Nenek 94 tahun ‘otai’ Photoshop di Instagram, hasil suntingan buat ramai ternganga

Malah, empunya diri pun tidak memberikan apa-apa reaksi berhubung ‘pencerobohan’ pameran seni berkenaan.

pameran pisang

Ini kerana selepas disoal siasat, pelajar tersebut mengaku makan pisang tersebut disebabkan lapar.

Sebagai jalan penyelesaian, pihak berwajib menggantikan ‘seni’ berharga berkenaan dengan pisang baharu.

Bayangkan kalau kena bayar ganti rugi, harga beratus juga pampasan itu, bukannya boleh dibuat main.

pameran pisang

KEJADIAN BERULANG

Sebenarnya, bukan sekali karya artis Itali itu ‘dimakan’ pengunjung tetapi pernah berlaku sebelum ini.

Pada tahun 2019, karya seni yang dihasilkan Cattelan juga berdepan nasib sama.

Seorang artis, David Datuna mengambil pisang tersebut selepas hasil seni itu terjual ketika pameran Art Basel di Miami.

Iklan

pameran pisang

Beliau sempat berkongsi post tentang insiden tersebut dengan kapsyen ‘Saya suka installation ini. Ia sangat sedap.’

Meskipun hantaran itu dikecam ramai, namun Datuna menegaskan semua itu hanya satu persembahan dan bukannya vandalisme.

Baca juga [VIDEO] Jual pisang ‘ala vending machine’ di Sabah, ramai warganet kagum tabung jualan tak lesap dicuri orang

Aneh juga perangai pengunjung yang datang ke pameran seni, ditambah pula naskhah seni yang bagi sesetengah orang tak masuk akal.

pameran pisang

Kepada yang mempunyai jiwa art, pandangan mereka berbeza sama sekali.

Harap-harap, apa yang berlaku di Korea Selatan tidaklah berlaku di Malaysia.

Iklan

Baca juga [VIDEO] Khasiat teh pisang yang ramai orang tak tahu. Boleh bantu elak penuaan dan macam-macam lagi

Adab melawat tempat orang juga kena jaga tak kiranya berkunjung ke muzium atau rumah orang.

pameran pisang

Ingat, nak hadiri jemputan rumah terbuka pun, kena jaga adab dan hormati tuan rumah.

Karang kalau buat perangai, tuan rumah tak nak jemput dah untuk open house tahun depan 🤣

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.