Parlimen New Zealand tawarkan siri lawatan hantu, sisi seram bukan main-main. ‘Boleh dengar bunyi aneh dan bayangan hitam depan mata’

No Image Caption
A
A
A

PELIK tapi benar! Bangunan Parlimen lazimnya menjadi institusi perundangan sesebuah negara, namun lain pula halnya di Wellington, New Zealand.

Bangunan Parlimen New Zealand yang beroperasi sejak tahun 1865 itu dikatakan menyimpan pelbagai kisah misteri dan menyeramkan.

Malah, ia dibuka kepada tontonan umum.

No Image Caption

Institusi unik itu terdiri daripada empat bangunan, iaitu Parliament House, Parliamentary Library, The Beehive yang dikenali sebagai Sayap Eksekutif dan Bowen House.

Menurut laporan Huff Post, pakej lawatan percuma yang dibuka kepada pengunjung itu menawarkan sisi seram yang bukan calang-calang.

No Image Caption

Kisah kematian misteri, bunyi aneh dan bayangan hitam yang muncul merupakan antara tarikan luar biasa dalam lawatan ‘hantu’ sehari tersebut.

Artikel Berkaitan:

Setiap Khamis, pemandu pelancong mengenakan pakaian era Victoria dan membawa pengunjung menyelami sejarah gelap bangunan berkenaan.

No Image Caption

Kisah yang dikongsikan kebanyakannya benar, termasuk insiden misteri dan mitos paranormal yang dialami oleh kakitangan bangunan tersebut.

Perpustakaan berhantu

Bangunan perpustakaan dengan seni bina gotik itu sebenarnya menyimpan pelbagai kisah tragis.

No Image Caption

Banyak insiden pelik berlaku sejak ia dibina pada abad ke-19 dan menjadi lokasi yang paling ditakuti oleh pengawal keselamatan.

Antaranya, perpustakaan itu terselamat daripada dua kejadian kebakaran, musibah banjir dan pernah ‘dikuasai’ kucing liar yang entah dari mana asalnya.

No Image Caption

Seni bina dengan tingkap berwarna dan lampu candelier kristal hanya menerangi ruang tertentu, menjadikan suasana perpustakaan itu suram dan menambahkan lagi rasa seram.

Lebih menakutkan, kelibat figura hantu yang meluncur turun dari tangga sambil menjerit sering menjadi ‘pembuka cerita’ oleh pemandu pelancong.

No Image Caption

Meskipun dipenuhi aura menakutkan, perpustakaan itu masih digunakan sebagai pusat rujukan sejak dibuka pada tahun 1899.

Roh gentayangan

Salah satu kisah terkenal yang dikongsikan ialah mengenai seorang ahli politik, William Larnach, yang ditemui mati di sebuah bilik pada tahun 1898 dengan sepucuk revolver.

No Image Caption

Ramai beranggapan bahawa kematiannya berpunca daripada tekanan kewangan atau masalah keluarga, namun tiada siapa yang dapat mengesahkannya.

Lebih misteri, ada yang mendakwa pernah melihat kelibat Larnach di bangunan tersebut dan tengkoraknya pernah dicuri sebelum akhirnya ditemui semula pada tahun 1972 oleh seorang pelajar kolej.

No Image Caption

Selain Larnach, roh seorang pustakawan, Ewen McColl juga dikatakan masih menghantui bangunan itu setelah meninggal dunia akibat tekanan kerja yang melampau.

Ramai yang berkongsi pengalaman mendengar bunyi ketukan kuat dari sebuah bilik berkunci di bahagian bawah tanah bangunan yang merupakan arkib.

Antara fenomena pelik lain yang dialami termasuklah:

* Kemunculan tangan dari rak buku,

* Lagu misteri yang kedengaran dari bilik air kosong,

* Bayangan wanita dalam cermin,

* Pintu berkunci yang terbuka sendiri tanpa sebab.

Salah seorang pelawat, Sally Giles, mengakui tertarik dengan kisah kematian pekerja di bangunan Parlimen itu dan mendakwa merasakan ‘kehadiran’ sesuatu ketika menyertai lawatan percuma tersebut.

No Image Caption

Menurut ketua pemandu pelancong yang dikenali sebagai Brand, beliau merupakan individu pertama yang akan membuka laluan untuk lawatan setiap pagi.

“Saya dapat rasakan ada sesuatu yang menyeramkan menyelinap setiap kali melalui kawasan ini, seolah-olah saya tidak pernah berjalan sendirian,” kongsinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang