Pasangan kekasih pembawa talasemia menangis terpaksa putus, enggan risikokan zuriat warisi penyakit 

A
A
A

TALASEMIA adalah penyakit berkaitan darah yang diwarisi secara genetik disebabkan oleh mutasi pada gen. Ciri abnormal pada gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.

Ia secara tidak langsung membuatkan penyaluran bekalan oksigen dan nutrien penting ke seluruh badan terganggu.

Bagi individu yang telah disahkan sebagai pembawa talasemia perlu memastikan pemilihan bakal pasangan hidup tidak membawa gen penyakit ini. Malah ujian saringan talasemia juga amat disarankan bagi bakal pengantin untuk mengurangkan risiko zuriat menghidap talasemia major.

Perkongsian video oleh pengguna laman sosial TikTok Indonesia, @szasaccount menyentuh hati. Ia malah menimbulkan kesedaran mengenai penyakit genetik itu di kalangan warganet.

Difahamkan pasangan kekasih itu sudah tiga tahun menyulam cinta. Namun ikatan yang dibina terpaksa diputuskan susulan kedua-duanya adalah pembawa talasemia atau lebih tepat penghidap talasemia minor.

Hal ini akan mendatangkan risiko tinggi kepada anak-anak andai mereka hubungan mereka diteruskan.

“Saya yang mengetahui hidapi talasemia terlebih dahulu. Kerana sudah lama bercinta, bapa meminta kami melakukan ujian talasemia.

“Kami tahu semua risiko jangka pendek dan panjang. Malah untuk buat ujian pun kami siapkan mental dan fizikal kerana bimbang keputusannya sama.

“Jadi ia bukan mudah buat kami. Menangis dan perasaan takut sudah kami lalui berbulan-bulan.

“Talasemia tidak boleh sembuh. Kalau boleh sembuh lain ceritanya. Dan ini risiko besar buat anak-anak,” titip Szasa pada ruangan komen.

Biarpun tidak berupaya meneruskan hubungan istimewa sebagai pasangan kekasih, mereka memilih untuk menjadi rakan baik.

“Setelah lama berbincang, kami mengambil keputusan untuk memutuskan sahaja hubungan cinta. Hari ini adalah hari terakhir kami sebagai pasangan kekasih pada majlis perkahwinan abangnya. Kami hanya sebagai kawan,” tulisnya.

Video berkenaan meraih 3.3 juta tontonan yang mana menimbulkan kesedaran ramai mengenai talasemia. Ramai di kalangan warganet memuji tindakan pasangan itu untuk berpisah agar tidak merisikokan kesihatan zuriat.

Bahkan ada juga pembawa talasemia yang berkongsi pengalaman mereka.

@szasaccountplease spread awareness about thalasemia ##thalasemia##thalasemiaindonesia##breakup##fyp♬ Pesan Terakhir - Lyodra

Baca juga: Baca juga: Tiada Lagi Skirt Ketat, Kasut Tumit Tinggi, Syarikat Penerbangan Ukraine Perkenal Pantsuit, Kasut Sneaker Untuk Pramugari

Tiga tahap talasemia

Untuk pengetahuan semua, talasemia terbahagi kepada tiga tahap iaitu;

- Pembawa talasemia iaitu thalasemia minor.

- Penyakit talasemia pertengahan iaitu thalasemia intermedia.

- Penyakit thalasemia major iaitu tahap yang paling kritikal.

Jika ibu bapa merupakan pembawa Beta Thalasemia iaitu penyakit talasemia jenis minor, maka anak berkemungkinan untuk menghidap Beta thalasemia Major sebanyak 25 peratus dan Beta Thalasemia Minor sebanyak 50 peratus.

Anak yang menghidap talasemia jenis Beta Thalasemia Major perlu mendapatkan rawatan sepanjang hayat akibat penghasilan darah merah yang kurang dan tidak dapat berfungsi secara optimum.

Talasemia boleh sembuh dengan pemindahan sum sum tulang. Pemindahan ini hanya boleh dilakukan namun penderma yang merupakan adik beradik yang sihat dan mempunyai  Human Leukocyte Antigen (HLA) yang sama.

Januari lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati seramai 31,716 pelajar daripada 729,994 pelajar Tingkatan Empat di negara ini yang disaring sejak 2016 dikesan sebagai pembawa talasemia.

Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok @szasaccount, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang