Pelik tapi benar. Nanny McPhee si bulus miliki 2 hidung jadi perhatian, kini cari tuan baharu

A
A
A

SEBILANGAN penduduk di dunia memelihara kucing untuk dijadikan peneman duka lara atau sebagai terapi.

Tidak kiralah daripada baka apa pun, asalkan haiwan itu disenangi.

Namun, apa yang SinarPlus tahu, baka Scottish Fold yang memiliki telinga yang terlipat dan bengkok ke depan memang menjadi kesukaan ramai.

Di Warrington, United Kingdom terdapat cerita tentang seekor kucing yang sangat istimewa.

Bukan kerana warna atau bakanya, tetapi disebabkan memiliki dua hidung.

Ya, dua hidung!

Haiwan yang dinamakan sebagai Nanny McPhee sempena watak sebuah filem fiksyen itu dipelihara di Pusat Perlindungan Kucing Angkat Warrington.

Pada asalnya, si bulus itu disangka memiliki sepasang hidung yang besar.

Namun, selepas pemeriksaan teliti dilakukan oleh kakitangan veterinar, kucing betina berusia empat tahun itu sebenarnya mempunyai dua hidung.

Baca juga: Mulia hatinya demi selamatkan kucing, kanak-kanak perempuan hilang sebelah kaki digilis lori

 

"Kucing dengan dua hidung adalah yang pertama kami temui sebagai pasukan doktor haiwan.

"Ia sangat jarang berlaku, namun kami bersyukur kerana keadaan itu tidak menyebabkan sebarang masalah kepadanya,” kata pegawai kanan veterinar di pusat perlindungan tersebut, Fiona Brockbank.

KECACATAN KONGENITAL

Menurut Brockbank, kucing berkenaan mengalami kecacatan kongenital yang dirujuk sebagai kecacatan semasa lahir.

Katanya, kelainan haiwan tesebut bagaimanapun sangat jarang berlaku.

"Kecacatan seperti sumbing bibir dan sumbing lelangit bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi seekor kucing.

"Ia sama ada diwarisi atau disebabkan oleh perkembangan di dalam rahim," kata Brockbank.

Baca juga: Oyen Elmina sudah tiada, hidap AIDS kucing, luka di tulang belakang buat kuman cepat merebak

Baca juga: Tertanya-tanya kenapa kucing suka sangat makan tuna? Ini jawapan saintis berdasarkan kajian

Merujuk rekod, kucing itu sebenarnya mula dipelihara di pusat perlindungan tersebut selepas diserahkan oleh pemiliknya yang mengalami masalah kesihatan dan kewangan.

Kini, haiwan comel tersebut sedang mencari pemilik baharu.

Disebabkan sifatnya yang lembut, ramai yang berharap McPee bertemu dengan keluarga angkat baharu yang penyayang.

Sumber: Sky News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang