Pembuat keranda bergelar jutawan sekelip mata gara-gara batu Meteorit

Pembuat keranda bergelar jutawan sekelip mata gara-gara batu Meteorit
Pembuat keranda bergelar jutawan sekelip mata gara-gara batu Meteorit
A
A
A

SANGAT benar kata orang rezeki datang dalam apa jua bentuk.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Indonesia yang bertukar menjadi kaya hanya sekelip mata.

Menurut Daily Mail, lelaki yang bernama Josua Hutagalung itu mendapat rezeki luar jangkaan apabila batu meteor yang jatuh dan menghentam rumahnya pada Ogos 2020 telah dibeli oleh seorang rakyat Amerika Syarikat dengan harga 1.4 juta pound (sekitar RM7.6 juta).

Josua yang berasal dari Tapanuli Tengah, Sumatera Utara, berjaya menjual batu meteor itu kepada seorang pemungut yang bernama Jored Collins.

Setelah dianalisis, meteor itu diklasifikasikan sebagai CM1/2 carbonane Chondrite.

Dipercayai batu itu berusia 4.5 bilion tahun dan merupakan salah satu meteorit yang terhebat pernah ditemukan.

Baca juga Mudah jika ada kit ujian Covid-19 ini di rumah, keputusan hanya 30 minit

Josua, yang mempunyai tiga anak lelaki yang bekerja sebagai pembuat keranda itu menyatakan bahawa dia merancang untuk bersara.

Menceritakan kembali detik rumahnya ditimpa batu yang dipercayai jatuh dari langit, katanya kejadian berlaku sekitar jam 4 petang pada 1 Ogos lalu.

Ketika itu dia sedang menyiapkan sebuah keranda di kediamannya, dan tiba-tiba terdengar suara dentuman yang kuat dari atas.

Dalam keadaan terkejut dia terus memeriksa sekitar kawasan rumah dan mendapati bumbung bocor dan terdapat batu besar di tanah.

Josua turut mengatakan batu tersebut seberat 2.2 kilogram dan terbenam sekitar 15 cm di dalam tanah. Tanpa berfikir panjang, dia terus menggali untuk mengambil batu tersebut.

Wah! Seronoknya dapat rezeki macam tu! Kalau korang apa nak buat dengan duit RM7 juta tu?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang