DIA adalah wanita pertama menakluki hati bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Ivana Trump disiifatkan sebagai wanita hebat, cantik dan menakjubkan.

Pemergian Ivana Trump menjadi berita utama dunia. Ivana atau nama penuhnya Ivana Ivana Zelníčková dilahirkan pada 20 Februari 1949 di Czechoslovakia bukan sahaja bekas isteri kepada seorang bilionair berpengaruh, malah mempunyai portfolio hebat.

Dia adalah ahli perniagaan, personaliti media, pereka fesyen, atlet ski bertaraf dunia dan bekas model.

Baca juga: Cinta ‘mati’ suami isteri, Akie Abe pilu iringi jasad Shinzo Abe ke persemadian

Ivana adalah individu penting di sebalik empayar yang dimiliki Donald Trump hari ini. (Kredit foto: Daily Mail)

Dilahirkan di Czechoslovakia, Ivana berpindah ke Kanada pada tahun 1970-an sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat, di mana dia berkahwin dengan Donald pada tahun 1977.

Menurut Reuters, Ivana memainkan peranan dalam membina imej dan empayar Donald pada tahun 1980-an, ketika mereka adalah salah satu pasangan kuasa paling menonjol di New York City.

Wanita itu memainkan peranan penting dalam perniagaan keluarga sejurus selepas perkahwinan mereka di mana Donald berjaya menembusi pasaran hartanah Manhattan yang sangat kompetitif, lapor New York Times.

Baca juga: 7 wanita terkaya dunia 2022, taikun kosmetik paling top dengan RM329.31 bilion

Ivana dan Donald di samping bapa Donald, Fred Trump. (Kredit foto: Daily Mail)

Dia bekerja bersama suaminya dalam membangunkan Menara Trumpdi Fifth Avenue di Manhattan, dan pelbagai projek berprofil tinggi lain.

Ivana juga memainkan peranan utama membangunkan Organisasi Trump, dan dilantik naib presiden eksekutif untuk reka bentuk dalaman, fesyen dan produk kecantikan.

Ivana juga  menguruskan Hotel Plaza yang diperoleh Donald pada tahun 1988.

Rumah tangga pasangan itu mendapat liputan di seluruh dunia termasuk kes perceraian mereka pada 1992.

Walaupun perkahwinan mereka hanya bertahan 15 tahun, Ivana adalah ibu kepada tiga orang zuriat Donald iaitu Donald Jr., 45, Ivanka, 41, dan Eric, 38.

Ivana, 73, meninggal dunia 14 Julai 2022 di rumahnya di Upper East Side, New York, Amerika syarikat selepas mengalami serangan jantung.

Baca juga: Tahniah Janushaa! Ini 7 info pegawai wanita TLDM pertama negara tamat pengajian di USNA

Baca juga: Sakit jantung: Orang muda tidak terkecuali

“Dia adalah seorang wanita hebat, cantik dan yang menjalani kehidupan hebat penuh inspirasi. Kebanggaan dan kegembiraan Ivana ialah tiga anaknya, Donald Jr., Ivanka dan Eric.

“Dia berbangga dengan mereka, kerana kami semua sangat berbangga dengannya. Rehat dengan tenang, Ivana,” titip Donald dalam kenyataannya.

Baca juga: Anak jati Muar Timbalan Ketua Juruteknologi NASA, 6 fakta menarik Florence Tan

Iklan
Ivana ibu yang penyayang. (Kredit foto: Daily Mail)

Anak-anak mereka turut bersuara dalam satu kenyataan bersama.

“Dengan rasa sedih yang mendalam kami mengumumkan pemergian ibu tercinta kami, Ivana Trump.

“Ibu kami adalah wanita yang luar biasa. Hebat dalam perniagaan, atlet bertaraf dunia, jelita dan sangat prihatin. Dia melarikan diri daripada komunisme dan mengajar anak-anaknya tentang ketabahan, empati dan keazaman. Dia akan terus dirindui kami,” tulis Donald Jr., Ivanka dan Eric.

Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech

Biarpun sibuk menjalankan perniagaan dan meluaskan empayar bersama Donald, Ivana tidak lupa meluangkan masa bersama anak-anak. (Kredit foto: Daily Mail)

Daily Mail berkongsi foto-foto Ivana yang bahagia bersama keluarga. Apa yang pasti kecantikan Ivana sentiasa menjadi perhatian.

Malah selepas penceraian, Ivana cekal membesarkan cahaya matanya. Biarpun berpisah, hubungan dengan bekas suami tetap baik.

Iklan

Ivana bahkan menawarkan bimbingan kepada bekas suaminya sepanjang menjadi presiden.

Baca juga: Pelajar cemerlang Malaysia dicalon Sigma Xi, sebaris Albert Einstein

Baca juga: Inspirasi! Dr Izazi terima PhD pada usia 29 tahun kini pensyarah di Korea Selatan

Sumber: Daily Mail, Reuters, Popcrush, Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.