Pernah digelar ratu sampah, ini kisah Miss Universe Thailand 2022, Anna Sueangam-iam

A
A
A

PERNAH digelar ratu sampah, kini Anna Sueangam-iam mampu menggenggam takhta Miss Universe Thailand 2022!

Jakarta Miss Universe merupakan pertandingan ratu cantik yang sentiasa berjaya mencuri perhatian.

Pelbagai negara menghantar calon wanita untuk bertanding. Salah satunya ialah Thailand yang baru sahaja memenangi Miss Universe Thailand 2022.

Dia ialah Anna Sueangam-iam, seorang wanita berusia 23 tahun yang berjaya menjadi kebanggaan warga Thailand.

Namun, ada kisah sedih dari Anna Sueangam-iam sebelum dia terkenal seperti sekarang.

Pemenang Miss Universe Thailand 2022 itu pernah digelar sebagai Miss Garbage atau "Queen of Trash".

Baca juga Wanita dibunuh, mayat dimasukkan dalam guni dibuang tepi longgokan sampah, ini kronologi kes mengerikan

Pernah digelar ratu sampah, ini kisah Miss Universe Thailand 2022, Anna Sueangam-iam

Mungkin kerana dia dilahirkan bukan dari kalangan orang kaya malah berada. Kecantikannya sekarang adalah hasil kerja keras selama bertahun-tahun.

Walaupun dilahirkan dalam keluarga miskin, Anna dapat membuktikan dirinya sebagai bintang Thailand.

Anna mengakui bahawa dia dilahirkan dalam keadaan miskin dan tidak mengapa untuk dipanggil Miss Sampah.

Memetik dari Thai PBS World, dia juga menyatakan sejak kecil dia tidak mempunyai banyak masa terluang dengan ibu bapanya kerana kedua orang tuanya bekerja dari jam 3 pagi hingga 7 malam.

Baca juga Menantu kurang cantik, ibu mentua suruh batalkan perkahwinan

Anna ketika kecil sudah biasa dengan sampah, malah untuk berpeluang keluar dari rumah terpaksa menaiki lori sampah bersama bapanya. Malah Anna sudah biasa mempunyai mainan yang ibu bapanya dapat terus dari tong sampah.

Selain itu, semangat kejayaannya yang tidak berbelah bahagi mendorongnya memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan hospitaliti dan pelancongan dari Universiti Kasetsart Bangkok.

Sumber: Liputan6.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang