JIKA sebelum ini dia pernah disabitkan bersalah atas tuduhan mendera kuda pada tahun 1997 dan 2016, kini lelaki di Accrington, England ini sekali lagi mengulangi perbuatan terkutuk itu secara seksual.

Dia dilaporkan membunuh 15 ekor ayam dengan melakukan hubungan intim secara paksa dengan haiwan itu, berasa tidak puas dan kemudiannya meminta maaf kepada ayam tersebut.

Portal tempatan memetik LancsLive melaporkan, Shane Waters, 40, dijatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan dan juga dilarang memiliki atau memelihara haiwan seumur hidup selepas mahkamah dimaklumkan mengenai perbuatannya yang mendera haiwan secara seksual termasuk anjing peliharaannya sendiri.

Hakim Sara Dodd ketika menjatuhkan hukuman terhadap Waters yang juga bekas pekerja pasar raya berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh bukan kesalahan yang biasa dan ia di luar batasan.

Kejadian berlaku pada September lalu apabila seorang peladang di Ladang Lower Holker, Accrington, membuka reban ayamnya dan mendapati haiwan ternakan itu mati.

Apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dia kemudian memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menghubungi RSPCA (Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals).

Video menunjukkan tertuduh berkeliaran di sekitar kawasan itu sebelum meninggalkan gudang tersebut pada jam 11.40 malam.

Ketika ditahan polis pada 23 September lalu, dia memberitahu polis bahawa dia tahu apa yang telah berlaku.

Ketika disoal siasat, Waters memberitahu polis yang dia telah melakukan Perbuatan itu selama sembilan kali di reban ayam tersebut.

Iklan

Pendakwa Raya, Barbara Webster berkata, tertuduh tidak menyukai perbuatannya itu dan kemudian meminta maaf kepada ayam berkenaan.

Mahkamah dimaklumkan sebanyak 15 ekor ayam mati akibat perbuatan Waters yang tidak senonoh itu.

Tertuduh juga mengaku pernah melakukan persetubuhan dengan anjing peliharaannya selama empat bulan. Tetapi anjing itu tidak menyukainya dan menderam serta menggigitnya.

Iklan

Peguam tertuduh, Anna Chestnut berkata, Waters berharap dia dapat membina kehidupan baru setelah dibebaskan dari penjara dan ini bukan kehidupan yang dia mahukan. Malah berasa jijik dengan perbuatannya sendiri.

Baca juga Lelaki tertusuk pisau di kepala kembali kerja selepas 3 hari, pernah ditembak tujuh kali