Pewaris perniagaan fesyen Hong Kong meninggal semasa pembedahan payudara

Pewaris perniagaan fesyen Hong Kong meninggal semasa pembedahan payudara
Pewaris perniagaan fesyen Hong Kong meninggal semasa pembedahan payudara
A
A
A

SEORANG tokoh fesyen serta pewaris jenama Bossini di Hong Kong meninggal dunia ketika menjalani pembedahan.

Dia disyaki meninggal ketika menjalani proses sedut lemak dan pembesaran payudara.

Dilaporkan Daily Mail, polis mengatakan bahawa prosedur pembedahan itu tidak sah dan dilakukan oleh doktor tanpa sijil.

Bonnie Evita Law adalah cucu kepada lelaki yang membina industri fesyen bernilai berbilion dolar Hong Kong.

Bonnie meninggal pada usia 34 tahun ketika menjalani pembedahan di Korea Selatan.

Pembedahan itu difahamkan akan menjadi salah satu sambutan ulang tahun ke-35 Bonnie.

Sementara itu, polis Korea Selatan berkata ketika kepada stesen TV tempatan MBC minggu lalu bahawa kematian Bonnie mungkin disebabkan oleh kecuaian kakitangan perubatan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Bakat luar biasa lelaki melukis dalam kereta api bergerak dengan hasil yang wow dah ‘hidup’!

Katanya, kemungkinan besar kematiannya disebabkan oleh ubat bius yang disuntik semasa pembedahan.

"Klinik tersebut tidak memeriksa ubat yang digunakan sebelum operasi dan klinik itu juga tidak meminta Bonnie menandatangani surat kelulusan rasmi untuk operasi tersebut," tegasnya.

Di samping itu, doktor yang mengendalikan wanita itu juga tiada sijil yang diperakui serta tidak ada pakar bius khusus di klinik tersebut.

Siasatan awal menunjukkan bahawa agensi yang mengatur jadual pembedahan Bonnie tidak didaftarkan dan tidak sah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang