Promote laju-laju, 3 saat satu produk, wanita raih jualan RM64 juta seminggu!

A
A
A

JUAL beli menerusi laman sosial kini popular. Biasanya hos akan promote produk ketika live, pengguna yang menyaksikan pula membelinya secara dalam talian. Wanita 'legenda' di platform Douyin (China) ini lain pula auranya kerana berjaya meraih jualan RM64 juta seminggu dengan memegang item hanya selama tiga saat!

Mesti anda tertanya-tanya, apakah yang membuatkan wanita berkenaan, Zheng Xiangxiang begitu istimewa?

Dia yang sentiasa memakai gaun hitam terkenal dengan cara mempromosi produk dengan laju.

Baca juga: Hanya jual daun ketapang kering dengan modal RM8, rezeki terpijak buat pensyarah ini bergelar jutawan eBay

Rutinnya di depan kamera ialah melalukan produk di depan kamera. Pembantunya akan menghulurkan kotak, dia menunjukkan produk, menyatakan harga dan menolaknya.

Tiada upselling, tiada penerangan lanjut, hanya itu!

Wajahnya adakala tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika mempromosikan produk-produk berkenaan.

Jujurnya, jika berkelip, anda mungkin terlepas item yang dipromosi!

Penstriman langsung Xiangxiang juga terkenal dengan timbunan kotak ala Hermès sebagai latar belakang. Seperti trademark, semua barang yang dijualnya diletakkan di dalam kotak berwarna oren itu.

Baca juga: Usia 2 tahun kanak-kanak ini CEO termuda, bakal jadi jutawan sebelum 5 tahun

Tapi, jangan biarkan kotak-kotak itu mengelirukan anda. Produknya yang dijual dikatakan semuanya murah, berharga di bawah 10 yuan (RM6.40).

Malah, kerana harga mampu milik itu juga membuatkan barangan terjual kira-kira 10 juta unit dengan jumlah pendapatan 100 juta yuan (RM64 juta) seminggu!

Xiangxiang sebenarnya sudah lama dalam bidang jualan menerusi penstriman langsung. Dia telah berkecimpung dalam perniagaan menerusi platform berkenaan sejak 2017 lagi.

Bagaimanapun, popularitinya hanya melonjak pada baru-baru ini. Beberapa hari lalu, bilangan pengikutnya di laman sosial telah mencecah lebih sejuta, Xiangxiang sebagai ikon industri e-dagang Douyin pada bulan Oktober.

Hebat bukan? Kalau sudah produknya bagus, promosi minimum pun boleh menarik pelanggan. Inspirasi!

Baca juga: Jual aksesori rambut, mainan raih lebih RM500,000 sebulan, jutawan muda 11 tahun ‘bersara’ awal tumpu pelajaran

Sumber: Today Online

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang