BAGI sesetengah orang, daun ketapang kering memang tiada nilainya.

Namun berbeza pada pandangan Dr Mohd Zulariffin Md Maarof. Ia menjadi permulaan rezeki yang tak disangka-sangka sehingga mampu bergelar seorang jutawan pada usia muda.

Cerita pensyarah Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) itu di akaun Facebook, kehidupan 10 tahun dahulu membuatkannya lebih kreatif untuk mencari duit poket lebih.

Ketika itu katanya, disebabkan gaji yang diharapkan sebagai pembantu penyelidik tidak seperti yang diimpikan membuatkannya cuba meneroka dunia eBay.

“Ketika itu saya sedang sambung belajar, jadi duit yang ada tak cukup untuk cover sara hidup. Bila saya tengok permintaan tinggi untuk daun ketapang atau Indian Leaf di eBay, saya jadi teruja.

ketapang

“Sebab apa, banyak daun ketapang bersepah di kawasan kampus. Jadi, saya kutip dan bersihkan untuk dijadikan primary photo listing dalam eBay,” tulisnya yang memulakan jualan dengan bermodalkan RM8 jer.

Siapa sangka, 90 peratus pembeli datangnya dari Amerika Syarikat menjadikan permintaan sangat tinggi.

ketapang

“Alhamdulillah, memang laku keras jualan daun kering saya waktu itu dan dipendekkan cerita, proses ini berjalan hampir satu semester setiap hari.

“Sampailah tiba penghujung semester, bila buka akaun paypal, baki terlebih daripada cukup untuk bayar yuran kolej. Memang sangat berpuas hatilah,” tambahnya lagi.

ketapang

BISNES LAIN

Cerita bapa dua cahaya mata itu, Malaysia beruntung kerana memiliki sumber alam semula jadi seperti herba dan pokok yang tiada di negara empat musim.

Sebagai contoh serbuk tongkat ali. Bayangkan ia boleh dijual dalam pasaran eBay hingga mencecah lebih RM17,000.

 

Menyifatkan semua itu sebagai titik tolak untuk terus berjaya dalam bisnes, Pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Matematik Pusat Pengajian Diploma UTHM itu berani mencuba bisnes baharu.

Baca juga Jual Super Ring guna eBay, wanita ini berjaya jana pendapatan 4 angka

Tidak hanya tertumpu jualan produk di eBay, Dr Mohd Zulariffin juga membuka restoran nasi beriani sebagai perniagaan sampingan.

ketapang

Nasihat Dr Mohd Zulariffin, tidak kira apa jua bisnes yang dilakukan, semua tidak boleh lari daripada masalah dan cabaran.

Iklan

“Dalam bisnes eBay, cabaran nak dapatkan jualan tak susah. Sebab trafik sedia ada, cuma bagaimana nak grow akaun untuk dipercayai, stabil dan sentiasa patuh dengan polisi supaya menjadi status managed seller dan top rated seller?

ketapang

“Lagi satu, bagaimana kita nak kenal produk yang mempunyai permintaan tinggi yang dicari pelanggan tak kira masa? Uruskan order dengan baik dan banyak lagi,” kongsinya.

Baca juga Trend kotak misteri, kotak teka-teki ketika membuat pembelian online, ini pandangan Islam mengenai pendekatan terbaharu penjual itu…

Justeru, bagi peniaga yang berjaya melepasi semua cabaran tersebut, insya-ALLAH mata wang asing akan mula mengalir masuk ke dalam akaun bank Malaysia setiap hari, kata Pengarah Urusan Export Oversea Acedemy itu.

ketapang

Memetik perkongsian beliau di mamabaryani.com, akademi yang dikendalikan turut melatih mereka yang berminat untuk menjadi usahawan eBay yang mampu menembusi pasaran global dengan produk tempatan.

Iklan

Export Oversea Academy juga melaksanakan khidmat sosial korporat dengan memberikan e-book secara percuma bagi panduan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan bisnes eBay.

ketapang

Jadi, kepada kalian yang ingin mencuba mencari duit lebih dengan jualan di platform online, bolehlah usha pilihan terbaik mengikut minat dan bajet.

Paling penting, jangan cepat patah semangat dan sentiasa positif untuk berjaya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang