‘Rajwa adalah jawapan sempurna kepada doa saya.’ Permaisuri Rania gembira bakal terima menantu perempuan

BEBERAPA hari lagi menjelang tarikh pernikahan diraja Putera Mahkota Jordan, Putera Al Hussein bin Abdullah II pelbagai persiapan telah dilakukan.

Menghitung detik bahagia, perkahwinan Putera Mahkota Al Hussein yang juga pewaris diraja Jordan dan tunang, Rajwa Khaled bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz Al Saif dijadualkan berlangsung di Istana Zahran di Amman Jordan pada 1 Jun depan.

Manakala majlis resepsi akan diadakan di Istana Al Husseiniya.

Baca juga: 5 fakta Rajwa Khaled anak hartawan Arab Saudi, bakal Permaisuri Jordan

Baru-baru ini, berlangsung majlis berinai dianjurkan Permaisuri Jordan, Permaisuri Rania Al Abdullah bagi meraikan bakal menantu baginda.

Lapor Saudi Gazzete, bonda kepada empat cahaya mata itu menyifatkan Rajwa sebagai pengantin yang paling manis dan cantik.

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

“Rajwa adalah jawapan yang sempurna kepada segala doa saya untuk Putera Mahkota Al Hussein,” kata Permaisuri Rania semasa berucap pada majlis itu.

Permaisuri berusia 52 tahun itu turut berkata nak perempuan biasanya mencerminkan keperibadian ibunya yang juga bakal besannya, Azza Al-Sudairi yang digambarkan baginda sebagai ‘permata.’

Wanita kelahiran Arab Saudi itu dilihat menyeka matanya mendengar ucapan daripada bakal bonda mentua.

Baca juga: Kejelitaan puteri bongsu negeri Terengganu curi perhatian netizen saat rai ulang tahun Hari Keputeraan ke-19

“Saya tidak akan lupa betapa gembiranya baginda dan saya apabila Al-Hussein memberitahu kami mahu berkahwin dengan Rajwa.

“Dia (Rajwa) adalah jawapan yang sempurna untuk semua doa saya untuknya.

“Insya-ALLAH, semoga ALLAH membahagiakanmu, memberi kejayaan dan menjaga kamu berdua. Dan insya-ALLAH, kalian akan sentiasa menjadi sokongan dan kegembiraan antara satu sama lain,” ujar baginda.

Kepada puteranya, baginda berkata: “Hari ini, saya melihat Hussein. Saya melihat di hadapan saya seorang askar muda yang berani dan yakin kepada dirinya. Saya melihat dia seperti bapanya.

”Saya melihat bagaimana dia melayan bakal isteri dan merancang perkahwinannya. Bagaimana dia mahu perkahwinan ini berlangsung dengan penyertaan masyarakat Jordan.

“Bukan hanya acara, malah dalam dengan persiapan.

“Beliau benar-benar seorang pemuda yang sedar dan tahu bahawa dia adalah salah seorang daripada kalian,”titahnya.

Putera Mahkota Al Hussein dan Rajwa bertunang pada Ogos 2022 dalam satu majlis di Riyadh, Arab Saudi.

Iklan

Baca juga: Cantik persis ibu, warganet teruja kejelitaan anak Permaisuri Selangor, 22 tahun raih sarjana universiti ternama UK

Rajwa merupakan anak kepada Khalid bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz Al Saif dan Azza binti Nayef Abdulaziz Ahmed Al Sudairi. Menurut South China Morning Post, bapa Rajwa ialah CEO Kumpulan Al Saif iaitu sebuah syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan, pembinaan dan keselamatan.

Dilahirkan pada 28 April 1994, Rajwa merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Selepas menamatkan sekolah menengah di Arab Saudi, Rajwa berpindah ke New York dan melanjutkan pelajaran di dalam bidang seni bina di Syracuse University’s College of Architecture.

Beliau turut memegang ijazah dalam komunikasi visual daripada Fashion Institute of Design and Merchandising di Los Angeles, Amerika Syarikat dan pernah bekerja di firma seni bina di sana sebelum berkhidmat di semasa di studio reka bentuk Designlab Experience di Riyadh.

Iklan

Selain Putera Mahkota Al Hussein, Permaisuri Rania memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Puteri Salma, Puteri Iman dan Putera Hashem.

Baca juga: Beauty with brain, Tengku Puteri Afzan Aminah kini graduan Sarjana Muda Sains Pengurusan dan Perakaunan

Mac lalu, Puteri Iman melangsungkan perkahwinan dengan seorang akauntan berketurunan Yunani, Jameel Alexander Thermiotis.

Baca juga: [20 FOTO] Indah persandingan diraja puteri Sultan Brunei, kakanda Putera Mateen jadi perhatian

Sumber: Saudi Gazzete

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi