Rare & istimewa tahun lompat, 29 Februari berlaku 4 tahun sekali, 10 fakta menarik buat ramai ternganga

A
A
A

RARE dan istimewa. Demikian tepat mendefinisikan fenomena tahun lompat yang hanya berlaku setiap empat tahun sekali.

Jika tahun biasa bilangan harinya ialah 365, bagi kalendar tahun lompat jumlahnya adalah 366 dengan pertambahan sehari pada bulan Februari.

Tahun ini, kita sekali lagi bertemu dengan 29 Februari setelah kali terakhir pada 2020.

Bagaimana tahun lompat ini bermula dan mengapa ia terjadi? Berikut 10 fakta menarik berkaitan tahun yang unik ini:

1-Tahun lompat yang pertama dipercayai berlaku pada tahun 45 sebelum Masihi. Ia dimulakan oleh Julius Caesar ketika masyarakat Rom terdahulu menggunakan sistem kalendar 355 hari.

Baca juga: [VIDEO] Istimewa kanak-kanak lahir 1 Januari, perlu daftar sekolah setahun lebih awal

Baca juga: Unik, rare! Venus kucing chimera bermuka dua miliki 2.2 juta follower di Instagram

Baca juga: Jangan ambil mudah! Ini beza tarikh luput produk Guna Sebelum,Baik Sebelum

2-Dalam sistem itu, mereka menambah satu bulan yang mempunyai 22 atau 23 hari setiap dua tahun bagi memastikan perayaan jatuh pada musim yang sama setiap tahun.

3-Bagi memudahkan pengiraan, Julius bersama pakar astronominya, Sosigenes mencipta kalendar 365 hari dan menambah satu hari dalam bulan Februari pada tahun keempat.

4-Hari-hari lompat ini diwujudkan untuk memastikan kalendar Gregori yang kita gunakan kini selari dengan pergerakan bumi mengelilingi matahari.

5-Difahamkan 5 juta manusia di seluruh dunia iaitu kira-kira sekitar 0.068 peratus dilahirkan pada 29 Februari. Mereka yang dikenali sebagai leapling atau leaper hanya menyambut ulang tahun kelahiran setiap empat tahun.

6-Di New Zealand, ulang tahun kelahiran bayi tahun lompat jatuh pada 28 Februari dalam tahun biasa.

7-Manakala di United Kingdom, individu yang lahir pada 29 Februari perlu menunggu sehingga 1 Mac untuk menyambut ulang tahun kelahiran.

8-Sebuah keluarga di Norway, keluarga Henriksen mencatat rekod dunia pada tahun 1968. Tiga anak kepada Karin dan Henry Henriksen, iaitu Heidi (lahir 1960), Olav (lahir 1964) dan Leif-Martin ( lahir 1968) semuanya dilahirkan pada hari lompat.

9-Manakala keluarga Keogh di Ireland dan UK mencatat kelahiran paling ramai pada tahun lompat sebanyak tiga generasi iaitu pada tahun 29 Februari 1940, 1964 dan 1996. Peter Anthony lahir pada 1940, anaknya Peter Eric pada 1964 dan cucu perempuannya Bethany pada 1996.

10-Antara selebriti yang dilahirkan pada 29 Mac ialah penyanyi rap Ja Rule, pakar motivasi Tony Robbins, bintang Law & Order, Peter Scanavino dan Dennis Farina.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang