Rasa curiga seorang ibu membongkar kes bayi dua bulan m@ut, anggota polis didakwa bunuh anak sendiri

BERITA ini mengejutkan ramai pihak, tambahan pula suspek pembunuhan ini merupakan seorang anggota polis. Tidak diketahui apa puncanya. Semua berlaku sekelip mata sehingga mengejutkan si ibu sendiri.
Kejadian yang berlaku di Jawa Tengah, Indonesia ini mendapat perhatian ramai pihak. Menurut ibu bayi berkenaan yang mahu dikenali sebagai DJP, 24, berkata, beliau dan suaminya Brigadir AK bersama-sama keluar untuk membeli barang keperluan di pasar.
Mereka sempat berswafoto sebelum si isteri meninggalkan bayinya dalam jagaan suami sementara wanita itu keluar sebentar selama 10 minit untuk berbelanja. Selesai beli-belah, beliau segera kembali ke kereta dan terkejut bila mendapati bayinya tidak sedarkan diri manakala bibirnya sudah biru.
Ibu berkenaan segera menepuk-nepuk anaknya dengan harapan bayi tersebut akan terjaga. Namun, usahanya hanya sia-sia. Suaminya mengatakan bayinya itu tersedak lantas ditepuk berulang kali tetapi tidak memberi tindak balas.

Sang isteri berasa curiga dengan pengakuan suaminya kerana jika benar perkara itu berlaku mengapa lelaki tersebut tidak segera menghubunginya. Melihat keadaan itu, lantas kedua-duanya membawa bayi tersebut ke klinik berdekatan.
Selepas sehari mendapat rawatan, bayi berusia dua bulan itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Laporan doktor mengatakan punca kematian bayi itu disebabkan oleh masalah pernafasan. Pada malam 3 Mac 2025, bayi itu dikebumikan di Purbalingga, Jawa Tengah.
Pada awalnya, DJP hanya memendamkan rasa curiga itu kerana tidak mahu sebarang masalah timbul. Namun, firasat seorang ibu semakin kuat apabila selepas kejadian itu tiba-tiba sahaja suaminya menghilangkan diri tanpa jejak.
Disebabkan itu, wanita berkenaan segera membuat laopran polis pada 5 Mac 2025. Dua hari kemudian, pihak polis Jawa Tengah mendapat kebenaran untuk menggali semula kubur bayi berkenaan untuk proses bedah siasat oleh forensik.
Berikutan kes ini mendapat perhatian ramai, Indonesia Police Watch (IPW) memohon agar pihak polis membuat saringan kesihatan mental terhadap si pelaku yang merupakan ayahnya sendiri. Bagi mereka, agak mustahil seorang ayah kandung yang menyayangi anaknya sendiri sanggup melakukan pembunuhan tersebut.
Sama ada tertekan kerana masalah kerja mahu pun rumah tangga, pihak yang berwajib perlu membuat siasatan yang terperinci, telus dan telus kerana ia melibatkan seorang anggota polis yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang