Remaja 16 tahun terjebak aplikasi perkenalan sebelum dibunuh, tubuh diker@t & mayat dibuang dalam tong sampah

TIADA hati perut. Itu yang dapat digambarkan kepada tertuduh yang disyaki membunuh seorang gadis 16 tahun. Bukan sahaja dibunuh, malah remaja yang juga ibu kepada bayi sebelas bulan itu dipukul terlebih dahulu sebelum dibunuh dan dikerat anggota badannya.
Kes yang berlaku di Florida, Amerika Syarikat itu bermula pada 24 Februari 2025 apabila mangsa, Miranda Corsette dikatakan tidak pulang ke rumah. Neneknya yang juga penjaga utama gadis berkenaan telah membuat laporan polis di Jabatan Polis Guilford.
Ini bukan pertama kali polis berhadapan dengan kes gadis tersebut kerana sebelum ini dia pernah dilaporkan melarikan diri dari rumah. Namun, nenek mangsa mengatakan selalu cucunya akan pulang ke rumah walaupun lewat beberapa hari.

Siasatan lanjut membawa kepada maklumat awal bahawa Corsette telah bertemu dengan kenalan lelaki, Steven Gress, 35, yang baru dikenalinya. Tertuduh didakwa ‘memancing’ remaja tersebut melalui aplikasi perkenalan dalam talian sebelum mereka bertemu secara bersemuka pada 14 Februari, menurut polis.
Menurut polis, mangsa dipercayai tinggal bersama Gress dan pasangan domestiknya, Michelle Brandes yang berusia 37 tahun, di rumah tersebut.
Pada 20 Februari, Gress, Corsette, dan Brandes didakwa terlibat dalam pertengkaran mengenai kehilangan barang kemas dan remaja tersebut telah dipukul dan diseksa berulang kali. Tempoh keganasan tersebut dipercayai berlanjutan sehingga empat hari.
Penyiasat mendakwa bahawa Gress kemudian membawa mayat gadis itu ke sebuah rumah di Largo, Florida, yang dimiliki oleh ibu Brandes. Bukti fizikal menunjukkan bahawa Corsette dikerat di sana.
Lelaki berusia 35 tahun itu kemudian didakwa membawa sisa-sisa mayat tersebut ke Hillsborough County dan membuangnya ke dalam tong sampah.
Polis berkata mereka menerima petunjuk tentang kehilangan dan kematian Corsette pada 7 Mac apabila Brandes menyerah diri kepada polis. Dia berhadapan dengan tuduhan pembunuhan darjah pertama.
Manakala Gress yang telah ditangkap pada 5 Mac atas tuduhan yang tidak berkaitan, didakwa dengan pembunuhan darjah pertama dan penculikan.
"Ini adalah jenayah yang mengerikan. Kami ingin memastikan bahawa kami membawa keadilan untuk Miranda Corsette," kata Ketua Polis St. Petersburg, Anthony Holloway dalam satu sidang media.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang