Restoran Arab Saudi sedia menu dalam tulisan braille untuk golongan cacat penglihatan buat pesanan makanan

TINDAKAN EFISIEN. Itu reaksi orang ramai apabila kerajaan Arab Saudi memperkenalkan menu menggunakan tulisan braille di kebanyakan kedai makan di negara berkenaan.

Projek tersebut dilaksanakan sempena meraikan sambutan Hari Braille Sedunia pada awal Januari lalu bagi membantu orang kelainan upaya.

Ketua Kumpulan Sukarelawan, Rouh Makkah, Maha Al-Sharif berkata, idea bernas itu diilhamkan selepas beliau melihat kesukaran individu untuk membuat pesanan sehingga mengakibatkan pelayan membaca setiap satu hidangan.

Iklan
Iklan

 

Baca juga: Angkara bomoh wanita sanggup paku kepala gara-gara ingin anak lelaki

Baca juga: Laman terbiar jiran sangka sudah berpindah bongkar penemuan mumia nenek mati terduduk 2 tahun

 

“Diharapkan tindakan ini dapat membantu menyelesaikan masalah mereka (golongan tiada penglihatan) untuk membuat pesanan makanan,” ujarnya.

Menurut Arab News, aktiviti mempromosikan menu tulisan braille telah mula dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

Mereka memang menyasarkan untuk membantu mereka yang mengalami masalah penglihatan dan pada masa sama, golongan itu tidak malu ketika membuat pesanan.

Ketua Bersekutunya, Nourah Al-Maliki pula berkata, pihaknya memasang matlamat agar usaha murni itu dapat menjadi perubahan dalam rancangan Wawasan 2030 negara itu.

Nampaknya apa yang dilakukan mereka mendapat sokongan padu daripada beberapa pengusaha.

Antaranya pemilik kafe Atrab, Manal Al-Maalawi berbesar hati menjadikan cawangan kedai makan pertama yang menawarkan perkhidmatan menu tulisan braille.

“Ini satu perkara baik dan kami sangat mengalu-alukan pelanggan yang mengalami cacat penglihatan. Kami juga menawarkan diskaun 50 peratus minuman kepada mereka untuk seumur hidup,” jelasnya.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

6 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

10 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

11 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

11 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

14 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

16 hours ago