Restoran Arab Saudi sedia menu dalam tulisan braille untuk golongan cacat penglihatan buat pesanan makanan

Untitled design (1)
Untitled design (1)
A
A
A

TINDAKAN EFISIEN. Itu reaksi orang ramai apabila kerajaan Arab Saudi memperkenalkan menu menggunakan tulisan braille di kebanyakan kedai makan di negara berkenaan.

Projek tersebut dilaksanakan sempena meraikan sambutan Hari Braille Sedunia pada awal Januari lalu bagi membantu orang kelainan upaya.

Ketua Kumpulan Sukarelawan, Rouh Makkah, Maha Al-Sharif berkata, idea bernas itu diilhamkan selepas beliau melihat kesukaran individu untuk membuat pesanan sehingga mengakibatkan pelayan membaca setiap satu hidangan.

 

Baca juga:Angkara bomoh wanita sanggup paku kepala gara-gara ingin anak lelaki

Baca juga:Laman terbiar jiran sangka sudah berpindah bongkar penemuan mumia nenek mati terduduk 2 tahun

 

"Diharapkan tindakan ini dapat membantu menyelesaikan masalah mereka (golongan tiada penglihatan) untuk membuat pesanan makanan," ujarnya.

Menurut Arab News, aktiviti mempromosikan menu tulisan braille telah mula dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

Mereka memang menyasarkan untuk membantu mereka yang mengalami masalah penglihatan dan pada masa sama, golongan itu tidak malu ketika membuat pesanan.

Ketua Bersekutunya, Nourah Al-Maliki pula berkata, pihaknya memasang matlamat agar usaha murni itu dapat menjadi perubahan dalam rancangan Wawasan 2030 negara itu.

Nampaknya apa yang dilakukan mereka mendapat sokongan padu daripada beberapa pengusaha.

Antaranya pemilik kafe Atrab, Manal Al-Maalawi berbesar hati menjadikan cawangan kedai makan pertama yang menawarkan perkhidmatan menu tulisan braille.

"Ini satu perkara baik dan kami sangat mengalu-alukan pelanggan yang mengalami cacat penglihatan. Kami juga menawarkan diskaun 50 peratus minuman kepada mereka untuk seumur hidup," jelasnya.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang