Robot dikendalikan pekerja OKU, inisiatif kafe ini membuat ramai kagum dan terkesima

A
A
A

PERCAYA atau tidak, peluang pekerjaan bagi golongan kelainan upaya (OKU) tidak dinafikan cukup terhad, apatah lagi keupayaan mereka kurang diyakini para majikan.

Barangkali disebabkan itu, masalah pengangguran bagi kelompok tersebut sering menjadi satu isu yang hebat diperbahaskan di peringkat global.

Pun begitu, inisiatif luar biasa yang diambil pemilik The Down Avatar Robot Cafe di Nihonbashi, Tokyo, Jepun nampaknya membuatkan ramai terkesima dan pada masa sama, sangat kagum!

Mana tidaknya, robot avatar yang 'bekerja' di kafe unik tersebut dikawal sepenuhnya oleh pekerja yang rata-ratanya OKU.

Robot jepun dikendalikan pekerja OKU

Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif kafe tersebut, Kentaro Yoshifuji mengambil usaha murni tersebut demi memberi peluang kepada pekerja OKU waima yang terlantar di katil untuk bekerja dengannya.

Bagaimana idea tersebut boleh tercetus?

Lapor tatlerasia.com, pengalaman Yoshifuji yang terlantar hampir tiga tahun memberi ilham kepada usahawan genius berkenaan mencipta sebuah robot avatar kawalan jauh, OriHime-D (OriHime).

Robot setinggi 120 sentimeter itu dibangunkan lengkap dengan kamera, mikrofon dan pembesar suara yang mana membolehkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.

kafe robot jepun dikendalikan pekerja OKU

Mahu menempah makanan atau servis layanan, robot canggih tersebut dikendalikan pekerja OKU melalui pergerakan mata atau isyarat mudah tanpa perlu meninggalkan rumah mereka.

Bukan setakat pekerja istimewa, golongan suri rumah yang terpaksa tinggal di rumah demi anak-anak yang masih kecil pun boleh bekerja di kafe tersebut. Menarik bukan?

Kafe Dawn Avatar yang dibuka sejak tahun 2018 itu menjadi sensasi di media sosial selepas pelayan robot OriHime yang direka khas melalui Projek Ory Laboratories (OryLab) berjaya mencuri perhatian pelanggan.

Baca juga Empat robot 'dilantik' berkhidmat di Pusat Perubatan Sunway. Ini tugas-tugas yang BellaBot perlu lakukan

kafe robot jepun dikendalikan pekerja OKU

Bermula daripada beberapa kafe pop up yang hanya menjual air sahaja sebelum ini, OryLab berjaya mengembangkan bisnes dengan membuka kedai pertamanya dengan seleksi makanan yang enak.

Bayangkan kopi atau minuman bercoklat yang anda order disediakan oleh robot OriHime sendiri, malah pelanggan boleh melihat secara langsung skil 'barista' di ruang menunggu.

Baca juga Nyalaan obor bawah air, guna robot pertama di dunia antara keunikan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022

kafe robot jepun dikendalikan pekerja OKU

Semestinya ciri mesra OKU juga diterapkan pada fasiliti kafe tersebut apabila ruang laluan lebih luas untuk kerusi roda, ruang caj peralatan perubatan seperti alat pernafasan dan tandas OKU.

Trend kafe yang menggunakan servis robot di Jepun nampaknya bukan satu perkara baharu kerana terdapat beberapa premis lain yang mengimplemenkan pendekatan sama.

Baca juga Apabila manusia dan robot berkawan baik, Ron's Gone Wrong mencuit hati

kafe robot jepun dikendalikan pekerja OKU

Barangkali seiring prosedur operasi standard Covid-19, nampaknya pengusaha lebih kreatif menggunakan robot untuk menghantar atau mengambil tempahan.

Di Restoran Mad for Garlic Korea Selatan, misalnya turut menggunakan khidmat robot dengan teknologi kecerdasan buatan yang dipanggil dengan nama Aglio Kim.

Troli robot yang boleh mengangkat hidangan sehingga 30 kilogram dan lengkap dengan skrin LCD itu boleh berkomunikasi dalam bahasa Korea dan Inggeris.

Baca juga Elak virus Covid-19 terus menular, robot penghantar piza comel ambil alih tugas manusia

Robot jepun dikendalikan pekerja OKU

Di Malaysia juga tidak ketinggalan apabila kebanyakan restoran mamak dan masakan Barat menggunakan keunikan sama untuk menarik perhatian pelanggan.

Antaranya di Restoran Kayu Nasi Kandar Original Penang (Kuala Lumpur), NALE The Nasi Lemak Co. (Shah Alam, Selangor) dan beberapa premis lain seluruh negeri.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Memang menarik jika robot yang datang hantar makanan. Risau juga berlanggar antara satu sama lain kerana laluan sama. ??

Apa pun usaha murni dengan memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU wajar dipuji demi kelangsungan hidup mereka tanpa bergantung sepenuhnya bantuan bulanan.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang