JODOH dan pertemuan rahsia ALLAH, jika sudah tertulis tiada siapa yang boleh menghalangnya. Seperti wanita di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur ini yang menjadi perhatian pengguna media sosial selepas mengahwini abang ipar sendiri.

Memetik Tribunnews, wanita berusia 21 tahun dikenali sebagai Sinta itu memuat naik gambar perkahwinan kakak bersama abang ipar yang kini sudah bergelar suaminya, pada 2015.

Menerusi akaun @sntafby_, Sinta memuat naik gambar berserta kapsyen pendek berkenaan aturan jodoh yang hadir tanpa dirancang.

“Tiada yang menyangka,” titip Sinta.

Rupanya ada cerita pilu di sebalik mahligai cinta yang dibina dengan lelaki itu. Sinta rupanya berkorban demi memenuhi amanat daripada kakaknya yang telah meninggal dunia.

Namun begitu, wanita tersebut tampil menjelaskan kisah yang berlaku di sebalik keputusan yang dibuatnya itu.

Menurutnya, kakaknya sudah meninggal dunia pada 17 Oktober 2022 yang lalu dan meninggalkan abang iparnya bersama seorang anak lelaki.

Allahyarham kakaknya itu kemudiannya mengamanahkan suami serta dirinya untuk menjaga kanak-kanak yang bernama Zayn yang berusia tujuh tahun.

Beliau juga berkongsi gambar-gambar yang menunjukkan kehidupannya sebagai seorang ibu dengan menjaga anak saudaranya yang kini anak tirinya.

Baca juga: Beza usia 62 tahun, lelaki 90 tahun kahwini bekas kakak ipar 28 tahun

Baca juga: Terima mas kahwin 1 bilion termasuk 500 gram emas, pernikahan anak pendakwah ini buat ramai ternganga, bertuah badan!

“Jika kakak tidak pergi dahulu, pasti saya tidak merasa menjadi ibu pada usia 21 tahun.

“Menghantar Abang Zayn ke sekolah dan berenang bersama Adik Lala.

“Meraikan ulang tahun Zayn kali pertama tanpa bondanya, menghantar Zayn berkhatan pada usia tujuh tahun, menghantar dan menjemputnya setiap hari.

“Moga bonda tenang, Abang Zayn kami jaga dengan baik. Oleh kerana memang bonda sayangkan Zayn dan tidak mahu anaknya disakiti, dititipkan Zayn kepada Ayah dan Aunty,” kongsi Sinta menerusi salah satu hantarannya.

Baca juga: Empat hari beristerikan ‘rice cooker,’ lelaki akhirnya bercerai

Baca juga: 8 hari nikah, wanita dicerai suami gara-gara pakaian terkena nasi, cara basuh beras berbeza

Iklan

Warga maya rata-rata mendoakan perkahwinan mereka itu berkekalan sambil menyifatkan kisah yang berlaku itu persis seperti kisah yang diceritakan di dalam novel mahupun filem.

Menurut Islam, hubungan ipar adalah mahram muakkat iaitu haram sementara. Oleh itu, aurat dan sentuhan antara ipar duai adalah dilarang manakala menghimpunkan penikahan antara adik-beradik diharamkan.

Pun demikian, Islam membenarkan perkahwinan dengan adik ipar selepas kematian atau berlaku penceraian dan selesai beriddah dengan isteri.

Ini bermakna apabila seseorang isteri meninggal dunia atau diceraikan dan selesai iddah, suaminya boleh mengahwini adik atau kakak iparnya.

Iklan

Istilah Melayu menyebutnya sebagai ‘salin tikar.’ Justeru, Islam membenarkan perkahwinan dengan adik ipar selepas kematian atau berlaku perceraian dan selesai beriddah dengan isteri.

Sumber: Tiktok, 1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!