PANDEMIK wabak Covid-19 yang masih melanda dunia membuatkan ramai yang ‘kreatif’ tak kena tempat.

Demi mahu menghindarkan diri daripada penyakit berjangkit tersebut, segelintir individu sanggup mempraktikkan amalan yang pelik-pelik.

Di Malaysia, antara teori yang timbul adalah dengan meminum air perahan limau, bawang putih dan air rebusan cengkih yang dikatakan elok untuk sembuhkan Covid-19, meskipun belum ada kajian saintifik yang menyokong ke arah itu.

air kencing lembu

Jika ‘formula-formula’ itu sudah membuatkan kita tepuk dahi, di India ada lagi rare dan luar biasa!

Mahu tahu apa? Mereka mempraktikkan amalan minum air kencing lembu!

Kebanyakannya percaya, pendekatan sebegitu boleh mengurangkan jangkitan kuman pada paru-paru sekali gus menghindarkan diri daripada wabak korona.

air kencing lembu

Aduhai, mendengarnya saja sudah membuatkan rasa mual.

Bagaimana ya mereka sanggup untuk minum urin haiwan tersebut semata-mata tidak mahu divaksin?

Lapor detik.com, video ucapan Pragya Singh Thakur yang viral dalam media sosial mendedahkan dirinya minum air kencing lembu setiap hari tanpa gagal.

air kencing lembu

Pendedahan tersebut mengejutkan ramai pihak, bahkan ahli politik tersebut juga dilihat tidak memakai topeng pelitup muka ketika berjumpa dengan orang ramai.

Dalam rakaman itu juga, Thakur sempat mencadangkan agar rakyat negara tersebut mengamalkannya kerana dikatakan terbukti melalui kajian sedia ada.

“Jika kita minum air kencing lembu, ia boleh mengurangkan jangkitan pada paru-paru. Sebab itu saya minum setiap hati dan inilah punca saya tidak dijangkiti wabak korona sehingga sekarang,” dakwanya.

air kencing lembu

Kenyataan berani mati itu bagaimanapun dicanggah Indian Medical Association apabila tiada kajian saintifik yang membuktikan air kencing lembu membantu mencegah Covid-19.

Iklan

Jika amalan minum bahan semula jadi seperti buah lemon atau rebusan air cengkih rasanya masih boleh diterima.

air kencing lembu

Namun jika melibatkan sesuatu yang kotor seperti najis lembu memang sukar diterima dek akal.

Namun di India, segala-galanya tidak mustahil.

Baca juga Akshay Kumar dedah minum air kencing lembu setiap hari

Ini kerana sebelum inipun, ada kisah penduduk yang sanggup ‘mengoles’ badan masing-masing dengan najis lembu sebagai rawatan untuk Covid-19.

Iklan

Baca juga Oles najis lembu pada tubuh elak jangkitan Covid-19, doktor di India beri amaran

air kencing lembu

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Memang banyak tip yang dikongsikan di media sosial yang kononnya boleh membantu mengurangkan kadar jangkitan, namun pastikan yang benar-benar sahih dan jangan mudah terpedaya.

Apa yang penting, kita perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan bertauliah dari aspek pemakanan tertentu bagi meningkatkan sistem imunisasi badan.

Lagi satu, jangan lupa patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dan pemakaian topeng pelitup muka berganda jika keluar rumah. #kitajagakita #kitalaluibersama