SAYANG seorang ibu kepada anak-anak tidak dapat disangkal. Ia adalah fitrah tetapi bukan bermakna ibu boleh menyimpan jasad anak yang telah meninggal dunia.

Kasih ibu tiada taranya, hingga kebanyakan ibu tidak sanggup berjauhan dengan permata hati. Seperti seorang ibu berusia 80-an di Singapura yang dilaporkan bertindak menyimpan mayat anak lelaki kerana tidak mahu berjauhan walaupun si anak sudah tidak lagi bernyawa.

Baca juga: Sayu! Isteri mengandung anak sulung 6 bulan terpaksa dipapah saat jasad suami ditemukan

Menurut portal Mothership, kelibat lelaki berkenaan tidak dilihat jiran selama seminggu. Mendiang biasanya keluar rumah pada sekitar jam 8.00 pagi untuk menjemur pakaian atau menyiram pokok.

Salah seorang jiran tetangga mengaku terhidu bau tengik sejak seminggu lalu tetapi tidak menghiraukannya. Bagaimanapun bau yang semakin ‘teruk’ membuatkan penduduk di kejiranan itu membuat laporan polis kerana bimbang keadaan penghuni kediaman itu.

Poli mengeluarkan mayat sekitar jam 6.45 petang dan mengesahkan bahawa mereka menerima laporan mengenai kematian luar biasa pada 12.38 tengah hari.

Baca juga: Wanita terkorban kapal karam, sanggup minum urin untuk selamatkan dua anak dengan susu ibu


Difahamkan tukang kunci terpaksa memecah pintu selepas polis menunggu di luar flat selama sejam kerana tiada sesiapa membuka pintu.

Jasad lelaki itu ditemui dalam keadaan tertunduk di ruang tamu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Keadaan mayat sudah reput, kata laporan Shin Min Daily yang dipetik Mothership.

Difahamkan ibu tua itu menangis apabila polis mula memecah masuk.

“Sebaik sahaja pegawai polis masuk, saya mendengar wanita itu menangis, mungkin kerana keberatan untuk membiarkan pihak polis membawa jasad anaknya pergi,” ujar sumber.

Manakala menurut media lain, mayat lelaki berkenaan yang terbaring di ruang tamu itu dihurung lalat.

Iklan

Suasana pilu menyelubungi saat jasad lelaki berkenaan dibawa keluar yang mana si ibu pasrah membersihkan ruang kediaman yang dilapisi kertas surat khabar.

Demikianlah nilai kasih ibu, sehingga tidak sanggup berpisah dengan jasad anaknya. Dalam pada itu, polis masih lagi menyiasat punca di sebalik insiden berkenaan.

Iklan

Baca juga: Bapa ke tandas sebentar, anak 8 tahun maut jatuh gelongsor air 50 kaki sedang diselenggara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.