Sayu! Isteri mengandung anak sulung 6 bulan terpaksa dipapah saat jasad suami ditemukan

A
A
A

KERANA kasih dan cinta! Suami sanggup berkorban nyawa demi isteri.

Begitulah yang terjadi di Johor apabila si suami sanggup bertindak memecahkan cermin kereta yang dinaiki mereka untuk selamatkan isteri dan kandungan berusia enam bulan ketika tersekat dalam banjir sebelum dihayutkan air deras di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang, petang Sabtu lalu.

Dalam kejadian tersebut isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 25, sempat diselamatkan orang ramai.

Namun suaminya, Md Rajihan Junaidi, 28, gagal diselamatkan apabila dia yang masih berada dalam kereta dihayutkan arus deras.

Media tempatan melaporkan, kereta Proton Waja miliknya dipercayai terjunam ke dalam parit di kawasan tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada hari kejadian terpaksa dihentikan kerana lokasi tersebut tidak dapat dimasuki oleh kenderaan dan paras banjir yang tinggi serta arus deras.

Bagaimanapun, mayat Md Rajihan dijumpai pada pukul 5.15 petang semalam, kira-kira 15 meter dari lokasi keretanya yang ditemui kelmarin.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sidek, anggota SAR melakukan operasi dengan cara menggodak kawasan itu sebelum mayat mangsa timbul.

Sayu! Isteri mengandung anak sulung 6 bulan terpaksa dipapah saat jasad suami ditemukan

Baca juga Orang Kuat Malaysia lemas ketika beri bantuan banjir

Katanya, mayat mangsa kemudian dinaikkan ke bot pasukan penyelamat sebelum diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk bedah siasat.

Apa yang lebih memilukan apabila ketika jasad Md Rajihan ditemukan, isteri yang setia menunggu sejak pagi bermula SAR terpaksa dipapah dan ditenangkan ahli keluarga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca