Sebak! Kanak-kanak berlari ke luar tembok penjara semata-mata rai hari graduasi bersama ibu

No Image Caption
A
A
A

MAJLIS graduasi biasanya menjadi saat paling membanggakan untuk ibu bapa melihat kejayaan anak diraikan. 

Namun bagi seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Filipina, momen yang sepatutnya indah itu diraikan dalam suasana cukup pilu, di luar tembok penjara.

Difahamkan, sejurus tamat majlis graduasi tadikanya, si kecil itu terus bergegas ke Penjara Bandar Cabadbaran di Mindanao, semata-mata untuk menunaikan hajat ibunya yang ingin melihat dia memakai jubah dan topi graduasi.

Ditemani ibu saudara yang kini menjadi penjaga sementaranya, kanak-kanak tersebut berdiri di bawah bangunan penjara sambil mencari sudut terbaik agar si ibu dapat melihatnya dari jauh walaupun hanya sekejap, dari celahan jeriji tingkat dua.

Momen sebak itu berjaya dirakam oleh ibu saudaranya dan dimuat naik ke media sosial, sehingga menyentuh hati ramai warganet yang mengikuti kisah berkenaan.

Menurut laporan portal antarabangsa, kakak kepada wanita yang dipenjara itu tampil memberi penjelasan bahawa adiknya yang berusia 27 tahun bukanlah individu utama yang diburu dalam serbuan dadah tahun lalu.

"Dia bukan sasaran, tapi kebetulan berada di rumah yang diserbu pihak berkuasa,” katanya.

No Image Caption

Wanita itu kini sudah ditahan hampir 10 bulan di bawah seliaan Biro Pengurusan dan Penjara (BJMP) Filipina.

Ditanya mengapa tidak menyambut majlis itu secara langsung dalam kawasan penjara, ibu saudara berkenaan menjelaskan kekangan kewangan menjadi penghalang utama.

"Boleh sahaja kami masuk tapi sebab tiada duit untuk bajet makanan, kadang-kadang kami hanya bercakap sekejap di tingkap dari luar,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook.

Walaupun serba kekurangan, wanita itu tetap cekal mengambil alih tanggungjawab menjaga anak saudaranya, dan berusaha sedaya upaya memastikan kanak-kanak tersebut membesar dalam suasana penuh kasih sayang walau diuji pelbagai cabaran.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang