Sedihnya! Bayi baru lahir masih bertali pusat diselamatkan, seluruh keluarga maut dalam gempa bumi Turkiye

GEMPA bumi kuat bermagnitud 7.8 menggegarkan tengah Turkiye dan barat laut Syria Isnin lalu mengorbankan ribuan manusia.

Gegaran tersebut meruntuhkan bangunan di seluruh wilayah itu sehingga pihak berkuasa terpaksa mengaktifkan operasi bagi mencari mangsa terselamat dalam sisa runtuhan.

Gempa yang melanda ketika awal pagi ketika musim sejuk turut boleh dirasai di Cyprus dan Lubnan.

Semalam tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang bayi diselamatkan dalam kejadian tersebut.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki dari runtuhan bangunan empat tingkat yang runtuh sambil memegang bayi kecil.

Apa yang mengundang sebak ramai apabila bayi berkenaan masih bertali pusat dan dipercayai baru sahaja dilahirkan berjaya diselamatkan di bawah runtuhan tersebut.

Baca juga Tergamaknya, wanita ragut nyawa blogger seiras demi palsukan kematian, kantoi ujian DNA

Orang ramai mencari di celah-celah runtuhan berikutan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud di Diyarbakir, Turkiye. Kredit Foto: REUTERS

Menurut laporan media, berikut info berkaitan;

1. Bayi itu adalah satu-satunya yang terselamat apabila seluruh ahli keluarganya maut dalam runtuhan rumah mereka di Jindayris, Syria.

2. Bayi berkenaan baru dilahirkan, masih bertali pusat ditemui hidup di sisi ibunya yang terkorban di bawah runtuhan rumah yang runtuh dalam kejadian gempa bumi di utara Syria pada Isnin.

3. Saudara-mara keluarga mangsa terpaksa memotong tali pusat bayi itu yang masih terikat pada ibunya untuk menyelamatkannya.

4. Seorang saudara, Khalil al-Suwadi berkata, mereka mendengar tangisan ketika menggali runtuhan rumah berkenaan untuk mencari mangsa yang terselamat.

Iklan

5. Ujarnya, mereka mendengar suara semasa menggali. Mereka membersihkan habuk dan mendapati bayi dalam keadaan bertali pusat, jadi mereka memotongnya dan salah seorang sepupunya terus membawa ke hospital.

Baca juga Gempa bumi Turkiye, Syria 7.8 magnitud setara kekuatan 32 bom atom, doktor Malaysia kongsi pengalaman

6. Bapa, ibu dan empat adik-beradiknya ditemui maut di bawah runtuhan kediaman mereka.

Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria itu meningkat kepada lebih 5,000 orang pada Selasa.

Iklan

Di Turkiye, seramai lebih 3,000 orang disahkan maut, manakala mangsa korban di Syria ketika ini lebih 2,000 orang.

Sumber dan gambar: AFP, AP

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.