TERGAMAKNYA, demikian perkataan yang terdetik di fikiran apabila mengikuti kes ini. Seorang wanita disyaki membunuh blogger yang memiliki wajah seiras dirinya semata-mata untuk memalsukan kematian sendiri.

Shahraban K, 24, menjelajah media sosial untuk mencari wanita yang mempunyai wajah serupa dengannya. Pencariannya terhenti selepas menemui seorang bernama Khadidja O, seorang blogger kecantikan berketurunan Algeria.

Shahraban yang berketurunan Iraq dikatakan menghubungi blogger itu sebelum mengatur pertemuan yang berakhir dengan kejadian tragis.

Khadidja bersetuju untuk bertemu dan dia telah dijemput menaiki Mercedes hitam oleh Shahraban ddan rakan pada 16 Ogos 2022.

Baca juga: Kronologi kes pembunuhan kejam ketua jururawat, lelaki Nigeria dihukum gantung sampai mati

Ibu bapa Shahraban dikatakan sedang mencari anak perempuan mereka yang hilang di Jerman menemui satu jenayah yang mengerikan.

Kereta wanita itu ditemui dengan mayat seorang wanita mati di tempat duduk belakang.

Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa. Menurut National News, mayat Khadidja dibiarkan terbaring di dalam kereta yang diletakkan berhampiran rumah Shahraban di Ingolstadt, selatan Jerman.

Baca juga: Pembunuhan Siti Nur Surya hampir sama seperti kes 13 tahun lalu-Wartawan jenayah

Polis pada awalnya terperdaya dan percaya Shahraban sudah mati.

Tetapi penyiasat tidak lama kemudian menimbulkan keraguan besar tentang identiti dan ujian DNA menunjukkan mayat itu sebenarnya adalah mayat wanita berketurunan Algeria yang menurut polis kelihatan sangat mirip dengan Shahraban.

Shahraban dan seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan kerana disyaki membunuh Ogos lalu.

Pada masa itu, akhbar Jerman menyatakan mangsa telah ditikam sebanyak 55 kali tetapi mukanya tidak cedera.

Polis Bavaria berkata kes pelik itu dinaikkan ke tahap siasatan pembunuhan dan waran tangkap baharu dikeluarkan.

Baca juga: Wanita jadi mangsa rakan sekerja dipercayai angkara cemburu, suspek tersenyum buang mayat guna troli

Iklan

Polis percaya Shahraban merancang untuk memalsukan kematiannya sendiri kerana mahu lari daripada masalah keluarga.

Siasatan mendapati Shahraban telah mencuba nasib dengan beberapa wanita muda di media sosial menggunakan pelbagai akaun dan cuba memujuk mereka untuk bertemu.

Salah satu taktik yang dilapor diguna wanita itu ialah sesiapa yang bersetuju bertemu dengannya akan muncul dalam video muzik oleh seorang penyanyi rap bernama Lune.

Baca juga: Wanita terselamat daripada diculik, dibunuh bekas kekasih selepas minta bantuan guna bahasa isyarat

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

“Ia adalah kes luar biasa yang memerlukan semua kemahiran penyiasat. Kami tidak mempunyai kes seperti ini setiap hari.

“Pada hari kami menemui mayat, kami tidak menjangka ia akan berkembang seperti ini,” kata jurucakap polis Andreas.

Ketika kedua-dua suspek ditahan sejak Ogos kerana disyaki membunuh, Mahkamah daerah mengeluarkan waran tangkap minggu lalu berhubung jenayah pembunuhan yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Iklan

Aduhai macam-macam boleh jadi. Sepatutnya wanita sesama wanita perlu saling melindungi, bukannya terlibat jenayah dan berbunuhan demi sebuah identiti.

Baca juga: Tergamaknya! Tolak isteri hamil 7 bulan tepi tebing untuk kaut duit insurans, lelaki dipenjara 30 tahun

Sumber: New York Post, The National News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi