Seekor ayam ditahan selepas terlepas masuk ke kawasan larangan, Pentagon, AS. Benarkah ayam itu 'pengintip'?

A
A
A

PELIK tapi benar. Seekor ayam dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa Pentagon, Amerika Syarikat (AS) gara-gara menyelinap masuk ke sekitar kawasan keselamatan lokasi terbabit.

Perkara tersebut kedengaran seperti satu hal yang melucukan, namun berita berkenaan disahkan oleh Organisasi Kebajikan Haiwan tempatan.

Kejadian yang berlaku sekitar minggu lalu itu menyaksikan ayam terbabit telah ditemui berhampiran dengan ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

 

Baca juga:Dikatakan terlalu kaya jutawan muda penuh kontroversi ini mahu bantu langsaikan hutang negara

Baca juga:Kecederaan otak, paru-paru, tulang patah punca kematian Rayan, berikut kronologi operasi menyelamat

 

"Persoalan yang menjadi tanda tanya adalah mengapa haiwan itu boleh berjaya sampai ke Pentagon?," soal wakil Pertubuhan Kebajikan Haiwan Arlington, Virginia, AS kepada AP.

Ayam yang dijumpai berkeliaran di Pentagon telah diberi nama sebagai Henny Penny.

Menurut wakil pertubuhan, Chelsea Jones, lokasi penemuan ayam tersebut tidak didedahkan kepada umum atas tujuan keselamatan.

"Pihak kami tidak dibenarkan untuk memberitahu secara tepat tempat ia ditemui. Kami hanya boleh memaklumkan bahawa ayam tersebut berada di pusat pemeriksaan keselamatan.

"Punca dan bagaimana haiwan itu mampu masuk ke dalam Pentagon serta berasal dari kawasan mana juga masih belum jelas," kata Jones.

Memiliki bulu berwarna campuran coklat kemerahan, ayam terbabit nyata mesra dan tidak takut jika dibelai dan diberi nama Henny Penny.

Tertarik dengan 'populariti' Henny Penny, pengacara popular, Jimmy Fallon menyampaikan sebuah lagu khas khusus buat ayam berkenaan menerusi rancangan The Tonight Show.

"Adakah ini satu gurauan semata-mata atau anda (Henny Penny) sebenarnya seorang pengintip yang menyamar?," seloroh Fallon.

Disebabkan hal itu, Henny Penny telah dipelihara oleh salah seorang kakitangan Organisasi Kebajikan Haiwan AS yang memiliki sebuah ladang di barat Virginia.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang