TIDAK dapat dinafikan beberapa jenis masalah penglihatan yang boleh berlaku seawal kelahiran disebabkan faktor genetik.

Namun pada zaman teknologi canggih ini, kerosakan mata kanak-kanak banyak berlaku disebabkan faktor luaran iaitu pendedahan mata kepada skrin TV serta peranti elektronik telefon pintar.

Mana tidaknya, di sekeliling kita boleh dapat lihat anak-anak makin asyik dengan telefon atau tablet walaupun masih menghisap botol susu!

Perkara ini sebenarnya amat membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mata anak-anak kecil ini.

Seperti yang pernah terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di China ini.

Dia disahkan mengalami masalah penglihatan rabun setelah melakukan pemeriksaan mata sebelum memasuki sekolah tadika.

Kanak-kanak yang tinggal bersama datuk dan neneknya itu kerap diberi bermain telefon pintar untuk menonton kartun setiap hari. Dia juga dikatakan hanya duduk diam apabila diberikan telefon pintar.

Ahli keluarga amat terkejut apabila dimaklumkan tahap penglihatannya terjejas teruk sehingga mengalami rabun jauh 200 peratus serta terpaksa memakai cermin mata.

Doktor pakar Oftalmologi memberitahu ibu bapa kanak-kanak tersebut yang mereka sepatutnya memantau aktiviti anak mereka ketika masih kecil atau anak akan mengalami masalah penglihatan bila usia meningkat dewasa.

Untuk itu, dia terpaksa menggunakan cermin mata untuk memperbetulkan semula penglihatannya.

Iklan

Namun, lebih menakutkan jika terus diberi menggunakan telefon dengan lebih kerap, dia berisiko mengalami masalah mata yang serius termasuk buta.

Baca juga Beri peluang anak conteng dinding, ini 4 manfaat ramai tak tahu

Selalu tonton kartun di telefon, budak 3 tahun disahkan rabun

Iklan

Sementara itu, menurut portal MyHealth, ini 10 tanda kabur penglihatan pada kanak-kanak yang perlu ibu bapa peka;

  • Kedudukan kepala yang senget ketika memfokus (contohnya ketika membaca atau menonton TV)
  • Juling
  • Membaca atau menulis pada jarak yang terlalu dekat
  • Kesukaran menulis atau menyalin semula apa yang ditulis oleh cikgu di papan hitam / putih
  • Kerap meniru kawan kerana tak nampak apa yang ditulis atau ditunjukkan oleh cikgu di hadapan
  • Suka menonton TV dari jarak dekat
  • Selalu menggosok mata dan kerap mengerdipkan mata walaupun tidak mengantuk
  • Sensitif terhadap cahaya, mata kerap berair
  • Menutup sebelah mata untuk memfokus pada benda yang ingin dilihat dengan jelas
  • Mengadu sakit kepala / penat bahagian mata
  • Sukar menganggarkan jarak
  • Mengadu melihat objek menjadi dua (double vision)

Jadi, segeralah membawa berjumpa doktor jika anak-anak korang ada mengalami tanda-tanda tersebut. Berpada-padalah memberi anak menggunakan gajet.