Selepas 50 tahun, bayi perempuan yang diculik pengasuh kembali ke pangkuan keluarga

MELISSA Highsmith muncul sebagai kes orang hilang yang paling lama di Amerika Syarikat (AS) yang berjaya diselesaikan walau ia mengambil masa selama lima dekad untuk dirungkai.

Menurut laporan New York Post, Highsmith telah diculik di Fort Worth, Texas pada 23 Ogos 1971 ketika baru berusia 21 bulan.

Baca ni ‘Selamat datang, ‘perseorangan ketiga’, terima kasih isteri. ‘ Lee Chong Wei umum timang anak ketiga

Selepas 50 tahun menanti, akhirnya beliau berjaya disatukan kembali dengan keluarga kandungnya hasil maklumat dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Ia amat menggembirakan dan pada masa sama, ia perasaan paling indah di dunia,” ungkap Highsmith kepada saluran televisyen, CBS News.

Wartawan menemuinya selepas perjumpaan semula dengan keluarganya semasa perayaan Thanksgiving.

Sementara itu, ibu kandung wanita itu yang dikenali sebagai Alta Apantenco turut melahirkan rasa teruja dengan pertemuan tersebut.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya kerana terlalu gembira.

“Sebelum ini saya sangka kami tidak akan berjumpa dengan beliau semula, ” ujarnya lagi.

Baca ni ‘Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.’ Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya ‘tawan’ puncak KLCC

PUNCA KEJADIAN

Bagaimana kejadian yang menyayat hati itu boleh terjadi?

Sebelum kehilangan anak tersayang, Apantenco dikatakan telah berpisah dengan pasangannya, Jeffrie Highsmith.

Beliau yang bergelar ibu tunggal pada usia 21 tahun kemudiannya mengambil keputusan berpindah ke Fort Worth.

Disebabkan bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran, Apantenco terdesak untuk mencari pengasuh anaknya.

Justeru, beliau mengambil keputusan mengiklankan di akhbar tempatan bagi mencari individu yang bersesuaian.

Apantenco kemudiannya mengupah pengasuh bernama Ruth Johnson yang sepatutnya mengambil Highsmith daripada rakan sebiliknya semasa beliau keluar bekerja.

Iklan

Menerusi laporan Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC), rakan sebilik Apantenco memberitahu bahawa suspek nampak ‘baik’.

Ketika datang, pengasuh tersebut memakai sarung tangan putih, cermin mata hitam dan topi bonnet.

Bagaimanapun, selepas itu si kecil tersebut hilang tanpa dikesan.

Menyedari hal berkenaa, Apantenco segera menghubungi pihak berkuasa dan sejak itu, pencarian pun bermula.

Siapa sangka, selepas 50 tahun tiada khabar, akhirnya pada Oktober lalu, bapanya menjalani ujian DNA dan ia sepadan!

Highsmith yang menggunakan nama Melanie Walden mengakui tidak tahu dirinya diculik.

Katanya lagi, beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ‘kasar’.

Iklan

Setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat lain mengenai penculik dikeluarkan.

Sumber: New York Post & CBS News.

Baca ni ‘Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.’ Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi