BERTUAH betul, dua kanak-kanak perempuan dari Indonesia memperolehi duit raya berjumlah 100 juta rupiah (RM29,375).

Mereka merupakan cahaya mata kepada Shandy Purnamasari dan Gilang Widya Pramana iaitu pemilik perniagaan kosmetik jenama MS Glow.

Pasangan tersebut berkongsikan video di Instagram memaparkan anak-anaknya sedang sibuk mengira jumlah wang.

Dalam video itu juga, menunjukkan anaknya bukan hanya mendapat wang berupa rupiah, bahkan dolar Amerika Syarikat.

Jumlah anak pertama Shandy dan Gilang, iaitu Felis adalah sebanyak berjumlah RP33 juta
(RM9,697).

Anak kedua mereka pula memperoleh duit raya sebanyak 32 juta rupiah (RM9,400).

Shandy dan Gilang kemudian membawa kedua-dua anaknya untuk menyimpan wang tersebut di bank.

Iklan

Menurutnya, jumlah keseluruhan duit raya Felis dan Shakalia mencapai hampir RP 100 juta (RM29,375).

Video itu menjadi tular dan menerima lebih 4.8 juta views.

“Itu bukan duit raya, tetapi duit gaji saya selama lebih setahun,” kata putratrionoo.

Iklan

“Anakku dapet 120 RB bunda Alhamdulillah , kata laurarosmawargani.

“MasyaALLAH duit raya boleh saya pakai buat tunaikan haji,” kata sulistiani4724.