Sepupu persis kembar seiras, kongsi DNA sama, 2 pemuda dedah fenomena unik jarang jumpa

A
A
A

SEPUPU boleh dikira sebagai saudara yang rapat. Justeru, tidak dinafikan ramai sepupu mempunyai ciri fizikal dan personaliti seakan-akan sama.

Namun hakikatnya, keadaan dialami dua lelaki yang memiliki nama yang sama ini unik dan jarang berlaku.

Dari segi hubungan persaudaraan mereka memang sepupu tetapi secara genetik, mereka sebenarnya lebih daripada itu.

Tampil di laman sosial TikTok, Pete Abner Rodriguez, 28, dan Peter Abneir Rodriguez, 28, mempunyai fizikal yang ketara serupa.

Rambut kerinting, berkulit cerah, senyuman dan kumis yang seakan sama menjadikan mereka sangat seiras.

Baca juga: Kembar tiga hamil serentak, teruja impian jadi realiti

Menerusi laman sosial itu, Peter dan Pete menjelaskan situasi unik dan 'rare' mereka.

Pemilik akaun @thepetertwins itu menjelaskan bahawa bukan sahaja bapa mereka, Pedro dan Peter pasangan kembar seiras tetapi ibu, Celide dan Chelsea juga adik beradik kembar monozigotik.

Baca juga: Bandar miliki kembar paling ramai di dunia, saintis syak makanan wanita jadi punca

Pete Abner dan Peter Abneir Rodriguez, nama tengah mereka pun hampir sama. Hanya berbeza satu huruf.

"Oleh kerana ibu bapa kami juga adik-beradik kembar seiras, ia adalah punca sebenarnya menjadikan kami adik-beradik dan bukannya sepupu," dedahnya menerusi sebuah klip video yang telah ditonton lebih daripada 1.2 juta kali.

Baca juga: 315 helai lampin, 15kg susu seminggu, ibu cerita cabaran anak kembar 9, paling ramai di dunia

Dua pemuda itu yang tinggal di Amerika Syarikat menggunakan istilah ‘sepupu kembar’.

Ujar Peter, ibu bapa mereka telah berkahwin pada masa yang sama.

Lebih istimewa lagi, Chelsea dan Celide mendapati mereka hamil pada masa yang sama.

Malah bayi mereka dilahirkan pada tarikh yang sama iaitu 28 April 1995!

Walaupun mereka hakikatnya sepupu, keturunan kembar seiras daripada ibu bapa menjadikan genetik Pete dan Peter lebih dekat sebagai adik-beradik yang dilahirkan oleh orang tua yang sama.

Baca juga: Perut ibu 30kg ketika hamil, kembar 9 pecah rekod dunia bakal pulang ke Mali

Konsep yang dikongsikan Peter berdua ini menimbulkan rasa kagum pengguna laman sosial itu sekali gus menjadikan ia sesuatu yang unik.

Keadaan dialami dua sepupu ini tersebut dikenali sebagai quaternary twins yang sangat jarang berlaku.

Mereka sepupu tetapi secara genetik namun lebih rapat dengan adik beradik yang dilahirkan oleh ibu bapa yang sama.

Malah dari segi fizikal, anak-anak mereka mungkin kelihatan sangat serupa kerana ibu bapa berkongsi DNA yang sama.

Menurut WebMD keadaan ini sangat jarang berlaku dan tidak dikaji dengan teliti.

Fenomena quaternary twins yang unik ini berlaku apabila pasangan kembar seiras berkahwin dengan satu set kembar seiras lain dan hamil dalam tempoh yang singkat iaitu kurang daripada sembilan bulan.

Difahamkan, hanya 300 pasangan quaternary twins dilahirkan di seluruh dunia.

Baca juga: Kembar Timothy, Lydia pecah rekod dunia, lahir daripada embrio beku berusia 30 tahun

Sumber: The Peter Twins, WebMD 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang