MENYEDIA dan menghidangkan makanan kepada penumpang sememangnya tugas pelayan kapal terbang atau pramugari.

Berbekalkan latihan dan pengalaman, hal itu pastinya bukan perkara sukar buat mereka.

Bagaimanapun, berlaku satu kejadian yang menyeramkan apabila seorang bekas pramugari, Sandra Kwon, berkongsikan pengalaman beliau ketika berinteraksi dengan hantu.

 

Baca juga: Mangsa dirakam ketika mandi dan tidur penghendap jadikan loteng rumah sebagai tempat persembunyian

Baca juga: Gara-gara beri itik makanan wanita tak puas hati apabila disaman RM414

 

Memetik laporan Daily Mail, Sandra memberitahu, pengikutnya di TikTok tentang seorang wanita yang juga penumpang pesawat penerbangan.

Kata Sandra, beliau telah menyapa wanita terbabit dan bertanyakan sama ada memerlukan sesuatu atau tidak.

“Apabila ditanya, wanita itu meminta saya untuk menyediakan teh hijau panas buat suaminya yang sedang tidur. Katanya, air tersebut akan dihidangkan sebaik sahaja suaminya terjaga nanti,” kongsi bekas pramugari Emirates Airlines itu.

Bagaimanapun, ketika lelaki terbabit bangun dari tidur, Sandra segera memberitahu apa yang dikatakan oleh isterinya sebentar tadi.

Bukan ucapan terima kasih yang diberikan, tetapi sebaliknya lelaki tersebut memberitahu bahawa isterinya telah meninggal dunia beberapa hari lalu.

Lebih mengejutkan apabila Sandra sempat berbual dengan roh itu sebelum memberikannya selimut kerana berasa kesejukan.

Iklan

Antara isi perbualan mereka, entiti tersebut sempat mengajar pramugari itu bagaimana untuk membuat teh hijau yang dicampur dengan gula dan susu.

“Lelaki itu kelihatan agak terkejut, tetapi kemudian wajahnya sedikit berubah selepas memberitahu jenazah isterinya ada di bahagian kargo.

“Awalnya seram kini berubah simpati terutama apabila lelaki itu mengatakan, mungkin isterinya bimbang tentang keadaannya,” kata Sandra.

Perkongsian Sandra di TikTok itu bukan sahaja mengundang rasa ngeri, malah ada yang meluahkan rasa sedih bagaimana seorang isteri yang telah pergi, masih memastikan makan minum suaminya terjaga.

Iklan

Melihat kepada peristiwa tersebut, teringat pula filem Hantu Kak Limah Balik Rumah apabila aktor Kamarool Yusoff yang membawa watak sebagai Chomprak mengatakan: “Kalau kita ingat pada dia, dia akan ingat pada kita, sebab itu dia datang jumpa kita.”

Renung-renungkan…

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram