SEORANG wanita meluahkan rasa tidak puas hati apabila beliau disaman sebanyak £75 (RM414) hanya kerana memberi makan kepada sekumpulan itik di Sungai Darent, Dartford, Kent, United Kingdom.

Lapor Mirror.uk.co, Sylvie Ludlow, 73, memberitahu, dirinya kerap memberi makan haiwan di sepanjang sungai tersebut untuk ke pasar.

Bagaimanapun, tindakannya itu telah menyebabkan beliau didenda.

 

Baca juga: Nelayan dakwa makhluk asing beri bayangan fasal wabak covid-19 dan perang dunia ke-3 ketika diculik 50 tahun lalu

Baca juga: Bangkok ini 7 nama bandar lain di dunia miliki nama panjang berjelar

 

“Adakah ini satu perbuatan jenayah? Seumur hidup saya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah.

“Hal ini juga sungguh mengejutkan apabila memberi makan roti kepada itu satu jenayah. Sebenarnya saya juga mengutip sampah, botol dan tin yang dibuang di kawasan itu untuk kitar semula,” katanya.

Disebabkan memberi makan kepada itik, seorang wanita disaman sebanyak RM414.

Pasangan Ludlow, Mark Smith, juga berpendapat denda tersebut tidak adil dan bertanyakan kepada sesiapa yang pernah berdepan situasi sama di laman Facebooknya.

“Saya tidak mahu membayarkan kerana berpendapat perkara itu bukan satu kesalahan. Seharusnya pembuangan sampah itu merupakan masalah utama,” kata Ludlow.

Sementara itu, wakil Majlis Dartford mengatakan, laluan di St. Saviour merupakan kawasan popular untuk memberi makan burung atau itik.

“Kadangkala memberi makan terlalu banyak kepada haiwan itu situ boleh menyebabkan mereka terlalu kenyang.

Iklan

“Sisa makanan yang tidak dimakan itu akan menjadi busuk dan mencemarkan persekitaran,” jelasnya.

Apabila membaca kisah Ludlow, SinarPlus teringat dengan amaran yang melarang orang ramai memberi haiwan makan seperti kera di taman-taman rekreasi.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan, para pengunjung ke Taman Alam Kuala Selangor, Selangor diingatkan agar tidak sekali-kali memberi makan kepada kera liar di kawasan hijau berkenaan.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia berkata, perbuatan mereka tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh membawa banyak kesan buruk.

Iklan

“Antaranya, tindakan ini mengakibatkan primat (kelas kumpulan mamalia) tersebut bertambah populasi dengan cepat sehingga melampaui jumlah makanan semula jadi di habitat,” kata mereka menerusi kenyataan.

Namun, bab beri makan itik, admin tak pasti pula sebab jarang itik dilihat berkeliaran di taman-taman di negara ini. Kalau ada, kongsi maklumat ya.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram