Setelah hampir seminggu, Kapal MV Ever Given berjaya dialihkan
AKHIRNYA! Pasukan penyelamat berjaya juga mengalihkan Kapal MV Ever Given di Terusan Suez setelah hampir seminggu tersekat di laluan perdagangan paling penting di dunia itu.
Portal tempatan melaporkan, usaha menyelamat dilakukan dengan menggali jauh ke dalam tebing terusan kira-kira 27,000 meter pada aras pasir.
Bagaimanapun masih belum jelas bilakah laluan itu dapat dibuka kepada trafik ke terusan itu.
Usaha sebelum ini untuk mengapungkan MV Ever Given gagal dan keadaan itu memaksa syarikat perkapalan mengubah laluan penting kapal dagang di sekitar Afrika.
Kapal tunda dari Korea digunakan untuk menghancurkan batu dalam usaha mengapungkan kapal tersebut.
Sepanjang malam petugas menggunakan mesin pengorek sambil dibantu penggunaan lampu limpah untuk tujuan itu.
Beberapa cadangan alternatif diberikan sebagai langkah jika usaha itu gagal.
Presiden Mesir, Abdul Fatah al-Sisi juga telah mengarahkan beberapa langkah bagi mengurangkan beban kontena kapal berkenaan.
Baca juga Wah! Penduduk kutip emas percuma tepi pantai
Semalam, Ketua Penguasa Terusan Suez, Leftenan Jeneral Osama Rabei berkata, siasatan mengenai punca kejadian sedang dijalankan dan beliau tidak menolah kemungkinan berpunca daripada kecuaian manusia atau kesilapan teknikal.
Terdahulu, Kapal MV Ever Given yang lebih panjang daripada empat padang bola sepak tersekat secara menyerong melintangi Terusan Suez sejak Selasa lalu menutup laluan air kedua-dua arah.
Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas ke atas lebih 200 kapal di kedua-dua hujung terusan sepanjang 193 kilometer dan menyebabkan kelewatan penghantaran minyak dan produk lain.
Dalam pada itu, syarikat data dan berita perkapalan memaklumkan Terusan Suez dijangka akan tersekat sekurang-kurangnya satu atau dua hari lagi.
Sementara itu, ini fakta menarik Terusan Suez dan insiden Kapal MV Ever Given;1. Terusan Suez adalah salah satu laluan iar tersibuk di dunia termasuk jadi jalan terpantas penghantaran minyak, gas asli dan kargo antara Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.
2. Terusan buatan berusia lebih 150 tahun dan dibuka untuk laluan perkapalan pada 17 November 1869 itu menjadi milik kerajaan Mesir semasa pemerintahan Presiden Gamal Abdel Nasser.
3. Pada asalnya terusan itu hanya sepanjang 164km dan kedalaman 8m (26 kaki), setelah beberapa penambahbaikan kini panjangnya ialah 193km dan kedalaman 24m (78 kaki).
4. Purata 50 kapal melalui Terusan Suez setiap hari dan kadar tol dikenakan bergantung kepada jenis dan saiz kapal selain berat kargo, kebiasaannya bayaran tol boleh melebihi AS$100,000 (RM414,650).
5. Ribut pada 23 Mac lalu menyebabkan kapal kontena, MV Ever Given seberat 200,000 tan yang menuju Rotterdam, Belanda merentangi terusan sekali gus menghalang laluan kapal dagang lain.
6. MV Ever Given menyebabkan kira-kira 200 kapal terpaksa membuat pusingan U termasuklah puluhan kapal tangki membawa berjuta-juta tong minyak.
7. Insiden itu beri kesan besar ke atas penghantaran kargo global yang bergerak antara Laut Mediterranean dan Laut Merah selain harga minyak meningkat dua peratus.
8. Menurut laporan jurnal berita Lioyd's List, gangguan perjalanan itu mengakibatkan kerugian mencecah AS$400 juta (RM1.6 billion) sejam.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang