LAZIMNYA di Malaysia, budak-budak yang berusia bawah 6 tahun akan didedahkan dengan silibus kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira lebih awal.

Kalau nak lebih advance lagi, ibu bapa diberi pilihan untuk ekstra subjek bahasa asing seperti Bahasa Inggeris atau Mandarin kepada anak-anak.

Sudah banyak sebenarnya pengusaha taska atau pra sekolah swasta menawarkan kelebihan sedemikian untuk menarik para ibu bapa dan penjaga yang mementingkan pendidikan awal persekolahan.

Bagi emak dan ayah, kalau anak-anak sudah pandai menguasai 3M selain mengaji al-Quran, sudah tentu mereka mudah untuk belajar di sekolah rendah, kan?

Boleh dikatakan pendidikan prasekolah di negara ini mengikut kurikulum standard prasekolah kebangsaan yang sudah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia.

silibus

Justeru, soal kemahiran diri seperti kelas masakan, bengkel, bertani, perkomputeran dan sebagainya pula diperkenalkan untuk peringkat sekolah menengah.

Lain pula ceritanya di China apabila kanak-kanak di peringkat tadika diajar dengan ilmu kemandirian diri untuk survival hidup.

silibus

Menerusi video pendek yang dikongsikan ScreenshootHQ dan Thenewtenth di TikTok, anak kecil berkenaan diajar memasak, membersih, menjahit dan menggunakan intrumens muzik.

Paling mencuri perhatian, mereka mampu menyediakan masakan daripada bahan raw sehinggalah siap sajian yang dimakan bersama-sama rakan.

silibus

Setiap pendekatan sekolah di sana berbeza iaitu ada yang menggunakan periuk nasi elektrik dan ruang masakan tradisional.

Maksud tradisional di sini adalah menggunakan kayu api untuk memasak juadah seperti dim sum, nasi goreng, penkek dan sebagainya.

Tak cukup dengan itu, anak-anak comel itu juga tekun menyiapkan produk kraftangan seperti bakul rotan, beg dan patung dengan sempurna sekali.

 

Sebelum ini, media tempatan di China turut melaporkan pendekatan kerajaan mahu melahirkan rakyat yang cekap dan serba boleh sejak kecil lagi.

TENAGA BURUH

Lapor Guangming Daily, sekolah awam di sana sudah tidak lagi menekankan pendidikan berbentuk teori dan ilmiah atau kebergantungan kepada buku kepada pelajar.

Malah, mereka didedahkan dengan kemahiran diri menerusi kursus wajib berkonsepkan tenaga buruh di bawah silibus kurikulum kebangsaan di sana.

silibus

Setiap murid perlu mengambil sekurang-kurangnya satu kelas kemahiran setiap minggu iaitu latihan memasak, membaiki peralatan, menternak haiwan peliharaan dan bercucuk tanam.

Baca juga Ramai anak muda muflis dan berhutang, Erin Adlina bercadang wujudkan subjek silibus kewangan di sekolah

Untuk kelas masakan, misalnya mereka akan diajar kemahiran asas seperti mengupas sayur-sayuran, penggunaan pisau yang betul dan penyediaan makanan dengan selamat serta sihat.

silibus

Meskipun sistem pendidikan tersebut dikritik hebat, namun kerajaan di sana berpegang kepada prinsip pendidikan berkualiti dengan kemahiran hidup praktikal.

Iklan

Ini kerana kepada murid yang sudah menguasai skil dengan baik, mereka akan dimasukkan ke dalam kursus vokasional untuk mendalami bidang yang ingin diceburi.

silibus

Pun demikian, rata-rata ibu bapa di China turut membahaskan perubahan sistem pendidikan kerana beranggapan gred akademik masih menjadi signifikan dalam sistem penilaian semasa.

Baca juga Ahli akademik akui silibus Darjah 1, 2 dan 3 terlalu rumit, tidak sesuai dengan daya intelektual anak

Memetik respons seorang wakil ibu bapa, Xu Yeqian berpandangan, guru tidak mampu menanggung risiko keselamatan kerana anak-anak bermain dengan api dan elektrik.

silibus

“Meskipun anak sudah pandai masak sendiri, namun bagi kami jika tiada perubahan dalam gred akademik, rasanya bagaimana mereka nak cari kerja nanti?,” soalnya.

Bagaimana pula di tempat kita? Rasanya sudah banyak kelas berbayar yang menyediakan kemahiran sedemikian.

Iklan

Cuma bergantung kepada ibu bapa saja sama ada mereka nak melabur lebih duit untuk pendidikan anak-anak atau sebaliknya.

silibus

Apapun, jika diselidik didikan anak-anak zaman nenek moyang kita dulu pun lebih kurang sama juga, kan?

Hidup susah mengajar mereka lebih menghargai sesuatu dan menjadi anak yang lebih berguna untuk keluarga dan negara. Betul tak?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!