Simpati nasib murid berdepan trauma PTSD dan sering bertukar keluarga angkat, guru muda ini ambil tindakan luar biasa
BUKAN mudah sebenarnya untuk mengambil anak angkat, apatah lagi jika anda masih lagi bujang dan tiada pengalaman menjadi seorang ibu.
Namun begitu, tindakan luar biasa seorang guru berusia 26 tahun dari Indiana, Amerika Syarikat itu membuatkan ramai tabik spring kepadanya.
Mana tidaknya, kisah beliau yang berusaha untuk menjadi keluarga angkat kepada seorang anak murid yang berdepan masalah gangguan stres pasca trauma (PTSD) menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Lapor upworthy.com, Paige Bramlett yang bertugas sebagai pakar tingkah laku itu sudah mengenali kanak-kanak tersebut ketika ditempatkan di tadika, tempatnya bekerja.
Ketika itu, budak lelaki yang dipanggil William sudah bertukar keluarga angkat beberapa kali sepanjang tempoh 4 tahun dan berdepan ‘trauma yang tidak berkesudahan’.
Sebelum mengambil keputusan drastik mengambil William sebagai anak angkat, Bramlett sering berkongsi perjalanan ‘sesi pengajaran dan pembelajaran’ bersama kanak-kanak itu di aplikasi TikTok.
Dalam video pendek tersebut, Bramlett turut memberitahu keadaan kanak-kanak itu yang masih bergelut dengan trauma yang dialami ketika masih kecil.
“William hidup terasing sehingga tidak tahu untuk berkelakuan seperti kanak-kanak lain, waima melakukan kemahiran asas sekali pun.
Baca juga Sanggup bunuh anak tiri gara-gara marahkan suami enggan pindah rumah, ini kronologi kes
“Kami banyak menghabiskan masa untuk mengajarnya bagaimana cara berkomunikasi dan tingkah laku di tadika. Keadaan itu membuatkan kami menjadi semakin rapat,” katanya memetik laporan itu.
Pun begitu, pada suatu hari, William tidak datang ke sekolah seperti kebiasaan dan membuatkan wanita itu tertanya-tanya.
Sebaik dimaklumkan bahawa William sedang mencari keluarga angkat, guru berhati mulia itu terus mengambil tindakan drastik untuk mengisi borang sebagai keluarga angkat.
Siapa sangka, selepas lebih setahun menjaga budak lelaki itu yang kini sudah berusia 7 tahun, Bramlett diberikan hak penjagaan yang sah.
Baca juga Ditinggalkan seorang diri di hospital oleh keluarga angkat, hidup remaja ini berubah selepas...
"Sekarang ini, dia sudah rasmi sebagai anak angkat, disayangi dan terpilih. Anakku, kita akan belajar bersama setiap hari," tulisnya yang berjaya menjadikan William sebagai anak angkat secara rasmi pada 12 Oktober lalu.
Meskipun pernah dihalang oleh rakan dan ahli keluarganya sendiri kerana masih muda dan belum berkahwin, malah Bramlett juga dikatakan buat kerja gila.
Namun semua itu tidak mematahkan semangat wanita gigih tersebut, bahkan membuktikan bahawa dirinya mampu menyayangi seseorang yang memerlukan.
Dalam video terbaharu yang dikongsikan, wanita itu menyebut, penjagaan anak angkat cukup berbaloi dan tidak percaya semua itu menjadi kenangan, malah banyak lagi yang perlu dilalui bersama.
Baca juga “Sepatutnya saya pertahankan Adik” Ibu angkat kanak-kanak malang mati didera menyesal
Kata Bramlett, pada mulanya William agak sukar untuk menyesuaikan diri namun mereka menjadi kawan baik sekelip mata.
“Ya! Pada mulanya William sukar untuk tidur lena dan sering mimpi ngeri disebabkan pengalaman trauma terdahulu, namun saya akan berusaha membantunya mengharungi semua itu,” katanya.
Baru-baru ini juga, mereka berdua dikejutkan dengan hadiah Krismas bernilai USD10,000 (RM41,735) sekali gus memeriahkan lagi sambutan Hari Natal mereka yang pertama.
Betullah orang kata, menyayangi insan tidak mengira latar belakang.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Lebih-lebih lagi, kanak-kanak itu diselamatkan daripada keluarga penagih, diabaikan, didera, dijadikan hamba seks atau mangsa pemerdagangan manusia.
Sudah tentunya trauma yang dilalui cukup perit. Percayalah, kasih sayang juga boleh merubah hidup kanak-kanak itu menjadi insan lebih baik. #kitalaluibersama #kitajagakita
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang