Stesen kereta api cetakan 3D pertama dunia kini di Jepun. Siap dalam masa seminggu jer!

No Image Caption
A
A
A

KALIAN boleh bayangkan tak kalau sebuah stesen kereta api pada zaman sekarang ini sudah tak dibina menggunakan batu konkrit tapi hanya dicetak?

Ya, dihasilkan seperti kita print dokumen! Cuma yang bezanya kali ini ia menggunakan teknologi pencetakan tiga dimensi (3D) gred binaan dengan lengan robotik cekap.

Lapor The New York Times, sebuah pekan kecil di Hatsushima, Jepun menjadi sensasi di media sosial selepas stesen kereta api moden dibina di wilayah Wakayama itu.

Hanya dalam tempoh enam jam jer, satu keajaiban moden berlaku apabila stesen kereta api cetak 3D pertama di dunia disiapkan sebelum menjelang subuh.

No Image Caption

Uniknya, stesen baharu itu bukan sekadar struktur ringkas berwarna putih, tapi satu simbol masa depan yang dipasang sepenuhnya hanya dalam tempoh satu malam.

Projek tersebut merupakan hasil kerjasama antara syarikat teknologi pembinaan Serendix dan West Japan Railway Company (JR West).

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Apa yang membuatkan ramai tertarik, komponen stesen itu dicetak di sebuah kilang Serendix di Kumamoto iaitu kira-kira 800 kilometer dari tapak sebenar.

Hanya menggunakan lori, kepingan bahagian stesen yang diperbuat daripada mortar khas berkenaan dihantar ke Hatsushima.

Pembinaan stesen paling pantas itu menjadi detik bersejarah buat rakyat negara itu apabila hentian kereta api yang berusia lebih 75 tahun berubah wajah secara total.

No Image Caption

Dengan bantuan kren dan kru, semua part dipasang satu persatu sehingga membentuk lebih 100 kaki persegi stesen sekali gus menggantikan stesen kayu legend tersebut.

Fakta penting, stesen Hatsushima yang lama sebenarnya sudah dibina pada tahun 1948, namun diubah suai menjadi stesen moden sejak tahun 2018.

Meski bahagian luar sudah lengkap, namun beberapa kelengkapan seperti mesin tiket dan pembaca kad pengangkutan masih dalam proses pemasangan.

Ia dijangka dibuka sepenuhnya pada Julai ini.

Masa depan

Dengan populasi Jepun yang semakin menua dan kekurangan tenaga kerja, pembinaan seperti itu memberikan satu harapan baharu.

No Image Caption

Stesen seperti Hatsushima hanya digunakan sekitar 530 penumpang sehari. Walaupun masih penting untuk komuniti tapi sukar diselenggara dengan cara konvensional.

Memetik kenyataan Presiden JR West Innovations, Ryo Kawamoto percaya projek tersebut menunjukkan bagaimana teknologi boleh membantu mengekalkan servis di kawasan terpencil.

No Image Caption

Seorang penduduk yang juga pelajar universiti, Yui Nishino, 19, antara penumpang tetap bagi servis keretapi api sangat menyambut baik perubahan berkenaan.

”Saya terkejut bila tahu stesen 3D pertama di dunia dibina di sini. Prosesnya sangat cepat dan saya harap lebih banyak bangunan boleh dibina dengan cara canggih itu,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang