Populasi menurun, jumlah kematian semakin meningkat, Jepun tukar hotel cinta jadi rumah pengebumian

No Image Caption
A
A
A

SATU lagi kisah pelik dari Jepun! Sejarah baharu tercipta apabila sebuah ‘love motel’ atau hotel cinta yang terkenal di Saitama, Jepun ditukar menjadi rumah pengebumian.

Ya, daripada menjadi tempat pasangan romantik check-in diam-diam, kini jadi tempat perpisahan selama-lamanya.

Perubahan itu mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ramai yang melihatnya sebagai simbol penurunan kadar kelahiran dan peningkatan populasi warga emas di Jepun.

Mana tidaknya, bangunan yang dulunya sinonim dengan kisah cinta dan asmara itu menjadi destinasi terakhir buat mereka yang sudah lanjut usia.

No Image Caption

Perubahan ‘epik’ itu menjadi bualan hangat dan viral di media sosial selepas rumah pengebumian tersebut mula beroperasi sejak Februari lalu.

Lapor South China Morning Post, seorang pengguna, @mikumo_hk di platform X memuat naik gambar bangunan tersebut yang sudah berubah wajah.

Post tersebut turut menunjukkan tangkap layar Google Street View sebelum dan selepas yang mana asalnya tempat berkenaan merupakan lokasi ‘rahsiakan cinta’ oleh kebanyakan golongan dewasa, namun kini kelihatan sunyi.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Lebih mengejutkan, ramai netizen beranggapan perubahan tersebut sebagai simbolik kepada penurunan kadar kelahiran di Jepun.

Bahkan, peningkatan populasi warga emas barangkali mendorong pembukaan rumah pengurusan jenazah di sana.

“Dari buaian ke liang lahad... literally.”

No Image Caption

“Bayangkan lahir dan meninggal kat tempat yang sama?”

“Saya tak sanggup berehat buat selamanya di bekas hotel cinta...”

Realiti populasi Jepun

Boleh dikatakan hotel cinta bukanlah satu perkara baru kerana sudah berkembang sejak tahun 60-an.

Kemuncak kegemilangan hotel tersebut boleh dikatakan boom semasa era pengenalan ekonomi gelembung Jepun pada tahun 80-an.

No Image Caption

Namun, sekarang ini jumlah penginapan semakin pupus selepas statistik kadar kelahiran semakin merosot.

Untuk rekod yang dikongsikan Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun, kadar kelahiran pada tahun lepas menunjukkan hanya 720,988 bayi saja.

No Image Caption

Ia merupakan jumlah paling rendah dalam sejarah mereka selepas penurunan 5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Warga emas (65 tahun ke atas) kini mewakili 29.3 peratus daripada keseluruhan penduduk Jepun, dijangka naik ke 34.8 peratus menjelang tahun 2040.

No Image Caption

Kalau dibandingkan jumlah hotel cinta yang berdaftar, ia mulai susut daripada 5,670 pada tahun 2016 menjadi 5,183 pada tahun 2020.

Realitinya, demografi Jepun yang semakin tua menjadikan bisnes hotel tak laku dan beralih kepada rumah pengurusan mayat yang lebih menguntungkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang