Tak puas hati isteri minta cerai, suami cabut bumbung rumah banglo sampai ‘togel’

TINDAKAN yang dilakukan oleh seorang lelaki di Kampung Carangrejo, Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia yang geram apabila isterinya, Anjar menuntut cerai memang aneh.

Tahu tak apa yang dilakukannya? Lelaki yang dikenali sebagai Agus telah mencabut semua atap atau bumbung lot banglo rumah yang didiami mereka sehingga licin.

Bukan itu sahaja, bahan binaan kayu di dalam rumah juga diambil tanpa meninggalkan sisa sekali pun.

Lapor merdeka.com, kediaman yang dibina di atas tanah milik keluarga Anjar itu sudah berusia lebih 10 tahun.

Segala tindak-tanduk tersebut berpunca apabila wanita yang bekerja sebagai orang gaji di Hong Kong, China memohon penceraian daripada suaminya.

bumbung

Anjar berbuat demikian selepas beliau pulang ke Indonesia selepas enam bulan bekerja di negara orang.

Baca juga Balas dendam suami curang, wanita potong alat sulit suami ketika tidur

Pada awalnya, proses penceraian berjalan dengan baik, namun tiada siapa sangka, Agus secara tiba-tiba ‘naik gila’ apabila mahukan semula bumbung rumah yang pernah dihuninya.

bumbung

Alasannya, ia adalah hak milik keluarga dan sebahagian daripada harta sepencarian.

Baca juga [VIDEO]Suami rakam isteri curang, kantoi bawa balik lelaki masuk rumah

Meskipun tidak dirobohkan, rumah itu bagaikan bangunan tidak siap selepas ditinggalkan begitu saja.

bumbung

Pun demikian, ramai percaya Agus mempunyai alasan lain kenapa dirinya sanggup berperlakuan sebegitu.

Iklan

Baca juga Rakam isteri curang, suami kantoi, peranti Street View Google boleh rekod sampai di celah-celah

Rupa-rupanya mantan isteri beliau dikatakan terus menemui kekasih gelapnya sebaik mendarat di kampung mereka. Hal itu dapat dihidu oleh Agus.

bumbung

Lagi membuatkannya marah, wanita yang pernah disayangi itu telah menghantar surat memohon penceraian secara mengejut.

Tidak mahu bergaduh lebih panjang, Agus akur dan masing-masing bersetuju untuk mengambil hak terhadap rumah tersebut.

Iklan

bumbung

Apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Tengoklah apa yang dah berlaku? Memang speechless. Memang ‘di luar kotak’ betul tindakan mencabut dinding itu.

Harap-harap kes macam ni tak berlakulah di Malaysia. Sekadar perang mulut kat media sosial itu biasalah, tak sampai ke tahap lebih ekstrem.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.