SETIAP individu pasti mahu memiliki tubuh badan yang sihat.

Disebabkan itu, mereka yang mengalami obesiti atau berat badan berlebihan sanggup mengamalkan diet tertentu untuk mendapatkan berat badan yang diimpikan.

Langkah sama diambil oleh seorang lelaki berusia 57 tahun dari Tennessee, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Namun, kita mesti akan rasa sedikit pelik dan tertanya-tanya.

Menurut laporan The Guardian, Kevin Maginnis menjadi tular di saluran media selepas mendedahkan bagaimana beliau turun sebanyak 26.5 kilogram (kg) dengan memakan tiga hidangan makanan segera McDonald’s selama 100 hari!

Maginnis yang tinggal di Nashville memberitahu stesen televisyen tempatan, WSMV, beliau hanya makan separuh daripada set hidangan yang dipesan untuk mengehadkan pengambilan kalori semasa eksperimennya itu.

Lelaki itu mendakwa, tidak mengalami kegemukan walaupun menikmati menu seperti Big Mac, quarter pounder, kentang goreng, pai epal dan hidangan-hidangan lain.

SUMBER daripada MSNews

Sementara itu, menerusi rancangan NBC’s Today, Maginnis menjelaskan bahawa dirinya tidak mengambil makanan ringan di antara waktu makan dan hanya minum air kosong.

“Hasilnya, berat badan saya turun sebanyak 26.5kg manakala angka risiko kolesterol, gula dalam darah dan serangan jantung saya juga bertambah baik.

“Saya sebelum ini mengalami pradiabetes, namun kini sudah berada dalam fasa yang sihat sekarang,” katanya.

Baca juga: Hebat! Makan nasi sampai 5 pinggan, tetapi berat badan mampu turun 10kg. Ini rahsia selebriti popular Indonesia

Baca juga: Azam jururawat nekad turunkan berat badan hingga 31kg memang jadi inspirasi. Ketahui apa rahsianya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Hos program tersebut kagum dengan perubahan penampilan lelaki yang hadir memakai pakaian sukan tersebut berbanding gambar lamanya yang menunjukkan perutnya yang buncit.

KURANGKAN PORSI

Tambah Maginnis, beliau berjaya menurunkan berat badan kerana mengurangkan jumlah pengambilan makanan sebagai asas dietnya.

Berdasarkan rekod, dulu beratnya 108kg, tetapi kini hanya 81.4kg.

Iklan

“Makan separuh pinggan dapat menurunkan berat badan. Mengambil tiga perempat daripada hidangan pula mengekalkan (berat badan) walaupun makan apa-apa makanan termasuk McDonald’s,” katanya yang turut memuatkan kejayaannya menerusi laman TikTok peribadi.

Ujar lelaki berkenaan lagi, isterinya turut menyertai diet itu selama beberapa hari dan berjaya menurunkan berat badan sekitar 9kg.

mc donald
SUMBER Daniel Reche daripada PEXELS.

Dalam pada itu, WSMV berkata, doktor yang dihubungi bagaimanapun memberi amaran diet yang dilakukan lelaki tersebut mungkin tidak sesuai untuk semua golongan.

Orang ramai dinasihatkan agar makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan lain yang tidak diproses.

Baca juga: Kerap beli makanan segera punca anak-anak punyai masalah berat badan berlebihan

Iklan

Apa yang dilakukan Maginnis untuk menurunkan berat badan memang luar biasa.

Namun, SinarPlus ingatkan agar apa pun jenis diet yang anda lakukan untuk menurunkan berat, pastikan ia selamat dan bersesuaian dengan tahap kesihatan masing-masing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.